Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Di China, Udara Segar...

SANGGUPKAH anda membeli sebungkus pek udara segar dengan harga 1 yuan (RM0.60)? Namun segala-gala...

Mohon Kekalkan Tarikh Separuh...

IPOH – Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) telah menghantar surat rasmi kepada Football...

JPJ Selangor Sita 164...

SHAH ALAM - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor berjaya mengesan dan menyita 164...

Kelantan Catat Rt Kes...

KUALA LUMPUR - Kadar kebolehjangkitan (Rt) kes COVID-19 di Malaysia kekal pada kadar...

Wanita Maut, Suami Parah Motosikal Dirempuh Kereta

GEORGE TOWN – Seorang wanita maut manakala suaminya cedera parah apabila motosikal mereka dirempuh sebuah kereta di KM8.5 Jambatan Pulau Pinang, di sini awal Jumaat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata dalam kejadian pada 3 pagi itu, Asnor Fazeela Osman, 25, dari Tanjung Tokong mati di tempat kejadian manakala suaminya, Amir Azrin Ahmad Noh, 24, cedera parah setelah kedua-duanya terpelanting beberapa meter.

Ketika kejadian itu, motosikal yang ditunggang suami mangsa berada di lorong motosikal sebelum dirempuh sebuah kereta, katanya kepada pemberita Jumaat.

Beliau berkata Amir Azrin dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan keadaannya dilapor masih kritikal.


Pemandu kereta berusia 26 tahun itu bagaimanapun tidak cedera dan kini ditahan untuk siasatan lanjut, katanya.

Sementara itu, dalam kemalangan berasingan seorang penunggang motosikal, Ng Wai Chong, 39, mati di tempat kejadian apabila motosikal yang ditunggangnya melanggar sebuah kereta yang berhenti di lorong kecemasan di KM4 Jambatan Pulau Pinang pada 10.30 malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor berkata Ng, yang dalam perjalanan dari Seberang Perai ke pulau gagal mengelak sebuah kereta berkenaan yang berhenti kerana kehabisan minyak. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori