ROMANIA – Seorang wanita yang menyangka dia mengandung akhirnya kecewa selepas mendapati bukan bayi yang dikandungnya sebaliknya ia adalah tumor seberat 5 kilogram.
Madalina Neagu, 42, hanya mengetahui mengenainya selepas dia tiba di hospital kerana sakit dan menyangka akan melahirkan anak.
Pasukan perubatan kemudiannya bersiap sedia untuk menyambut kelahiran seorang bayi namun selepas ujian dijalankan, mereka terkejut apabila mendapati Neagu tidak mengandung langsung sebaliknya terdapat tumor dalam perutnya.
Menurut doktor yang merawatnya, Dr. Dorin Scladan, 47, apabila Neagu memberitahu bahawa dia sedang mengandung, mereka menyangka bahawa wanita itu sedang mengalami komplikasi bersalin.
“Perutnya juga kelihatan seperti wanita yang sedang mengandung sembilan bulan, menyebabkan kami tiada sebab untuk tidak percaya apabila dia memberitahu bahawa dia sedang mengandung,’’ katanya.
Dr. Dorin kemudiannya menjalanikan pembedahan untuk mengeluarkan tumor tersebut dan Naegu kini dalam proses pemulihan.- MYNEWSHUB.cc
https://youtu.be/ByFO8mXzUno