Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Bekas Pemimpin MTUC Sokong...

PETALING JAYA - Bekas pemimpin Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menyatakan...

Syed Saddiq Mengaku Tak...

JOHOR BAHRU - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman,...

Tidak Masuk Akal, Bersifat...

LIPIS - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kenyataan Setiausaha...

Gagal Asing Sisa Pepejal...

KUALA LUMPUR - Penguatkuasaan pengenaan kompaun bagi isi rumah yang gagal mengasingkan sisa...

Wardina Mohon Maaf Isu Salib, Kesal Tindakan Samseng

KES lambang salib yang digantung di sebuah gereja di Taman Medan, Petaling Jaya yang diturunkan selepas mendapat bantahan penduduk tempatan mendapat perhatian ramai termasuk personaliti terkenal, Wardina Saffiyah.

BACA: Gereja Akur Bantahan Penduduk, Turunkan Salib

Tergerak memberi kenyataan, Wardina Saffiyah menyuarakan rasa kesalnya berkenaan isu tersebut dan memohon maaf kepada penganut Kristian dalam laman Facebook peribadinya.

wardina (1) (1)

Dalam entri Facebooknya, Wardina berkata, tanda salib itu tidak perlu diturunkan dan memohon maaf kepada penganut Kristian di taman tersebut kerana merasa dibuli dan hak kebebasan beragama golongan itu seolah-olah disekat.

“Saya harap salib itu kekal di situ. Tolong jangan turunkan. Saya memahami perasaan kenalan penganut Kristian di situ dan meminta maaf kerana kalian sering dibuli oleh sebilangan saudara seIslam saya. Wahai saudara Islam semua, jadilah umat Islam yang sebenar-benarnya.

“Orang Islam sejak berabad dulu termasuk semasa zaman Rasulullah SAW telah hidup secara harmoni dengan orang beragama Kristian. Saya sayangkan saudara saya yang beragama Kristian.

“Biarkan penganut agama Kristian juga mendapat hak kebebasan mereka. Kepada penganut Kristian Taman Medan, sampaikan salam saya kepada Paderi juga permohonan maaf saya,” kata Wardina.


Wardina yang kini khabarnya berada di Australia kerana menyambung pengajiannya meluahkan harapan agar semua pihak menghormati kepercayaan masing-masing.

“Saya faham perasaan menjadi golongan minoriti. Saya tahu betapa sukarnya jika dibuli kerana kepercayaan kita. Apabila orang bukan Islam menyokong orang Islam di Australia, perkara itu sudah membawa makna yang cukup besar untuk kami semua di sini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Wardina menyifatkan tindakan dan sikap ‘samseng’ yang ditonjolkan oleh segelintir orang Islam dalam protes tanda salib tersebut sebagai ‘bodoh’.

Kenyataan berani Wardina berkenaan isu tersebut menimbulkan pelbagai reaksi ramai di laman sosial tersebut.

Pada Ahad lalu, kira-kira 50 penduduk setempat melakukan bantahan di hadapan sebuah premis gereja di Taman Medan menuntut agar tanda salib besar yang digantung di premis berkenaan diturunkan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Free Malaysia Today

https://www.youtube.com/watch?v=T5exhQXHog0

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori