Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Kenaikan Kes COVID-19 Sudah...

PUTRAJAYA - Jumlah kes harian penularan COVID-19 di Malaysia kini mengikut trend persamaan...

Kerajaan Unjur Kutipan Cukai...

KUCHING - Kerajaan mengunjurkan kutipan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) RM21 bilion setahun...

Indeks Jenayah Menurun Sejak...

TANAH MERAH - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata indeks...

Hotel Transylvania 3 Singkirkan...

FILEM animasi Hotel Transylvania 3: Summer Vacation terbitan Sony kekal mengungguli carta box...

Warga Emas Keturunan Cina Di Raub Diminta Daftar Dengan JKKK

RAUB – Warga emas keturunan Cina yang berusia 70 tahun ke atas di sini diminta supaya mendaftar dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung untuk menerima sumbangan kerajaan negeri.

Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional kawasan Parlimen Raub, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin berkata kerajaan negeri juga berharap bilik gerakan MCA turut mencari dan mendaftar mereka yang layak.

“Kita dapati masih ada aduan mengenai warga emas yang layak menerima bantuan tetapi tidak menerimanya kerana nama mereka tidak ada dalam senarai penerima.

“Ada juga yang mendakwa nama mereka telah disenaraikan, namun senarai nama itu tidak sampai kepada kerajaan negeri. Oleh itu kita minta mereka untuk berdaftar dengan pihak yang sepatutnya,” katanya di sini hari ini.


Shahiruddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan negeri juga memaklumkan seramai 1,560 warga emas berketurunan Cina daripada kawasan Dewan Undangan Negeri Dong dan Teras telah menerima sumbangan RM100 sempena sambutan Tahun Baru Cina yang lalu.

Sumbangan itu merupakan inisiatif kerajaan negeri dalam meraikan sambutan perayaan setiap kaum, tambah beliau. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori