Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pegawai Penyiasat Tidak Usik...

PUTRAJAYA - Hanya beg plastik mengandungi 12 bekas sampel yang diambil daripada Mohd...

7 Jenazah Warga M’sia,...

SEPANG - Hujan tidak menghalang berlangsungnya istiadat penghormatan bagi sembilan jenazah mangsa tragedi...

PBS Syor Laporan IGC...

KOTA KINABALU - Parti Bersatu Sabah (PBS) mengesyorkan agar disemak semula Laporan Inter-Governmental...

DAP Anggap Islam Tidak...

KUALA LUMPUR - DAP menyarankan PAS supaya menyertai Tabliqh kerana berpandangan Islam tidak...

Wartawan Hiburan Veteran Mama Juwie Meninggal Dunia

WARTAWAN hiburan veteran yang dikenali ramai, Mama Juwie menghembuskan nafas terakhir  jam 10.30 malam tadi.

Mama Juwie atau nama sebenarnya, Haji Abdul Jalil Saleh, 62, meninggal dunia di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras akibat komplikasi pelbagai penyakit temasuk kanser prostat.

Difahamkan, Allahyarham telah ditahan di HUKM sejak pertengahan Mac lalu kerana penyakitnya itu namun keadaannya semakin membimbangkan hingga terpaksa dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan menjalani satu pembedahan, Khamis lalu.

Allahyarham akan dikebumikan esok di Tanah Perkuburan Islam Selayang Baru, bersebelahan kubur ibunya.

juwie1989

Mama Juwie pernah menjadi wartawan di Berita Harian sejak 1974 namun beliau paling dikenali selepas menyertai Utusan Melayu sepuluh tahun kemudiannya terutama ketika mengendalikan sisipan hiburan Mingguan Malaysia, Pancaindera menerusi ruangan pojok Auww Juwie.

Di Utusan, beliau telah mengembangkan karier wartawannya apabila dinaikkan pangkat daripada Pengarang Muda-Mudi kepada Penolong Pengarang Mingguan Malaysia, seterusnya Pengarang Hiburan Majalah Mangga bermula 1995.

Mama Juwie (dua dari kanan) ketika bertugas di akhbar Mingguan Malaysia.
Mama Juwie (dua dari kanan) ketika bertugas di akhbar Mingguan Malaysia pada tahun 90-an.

Kemuncak kerjaya Mama Juwie adalah apabila beliau berjaya menjadikan majalah Mangga sebagai majalah hiburan nombor satu terlaris di Malaysia pada 1998.

Antara wartawan hiburan terkenal yang merupakan anak didik Mama Juwie adalah Huzz  dan Niezam Abdullah.


Mama Juwie akhirnya mengambil keputusan untuk bersara daripada dunia kewartawanan pada 2008 dan selepas itu beliau mulai aktif dengan kerja-kerja kemasyarakatan selain menumpukan perhatian untuk melakukan ibadat.

Mungkin tak ramai generasi muda yang tahu, selain dikenali sebagai wartawan hiburan, Mama Juwie juga sebenarnya seorang penulis lirik prolifik sekitar tahun 80-an.

Lirik nukilannya menjadi pilihan kebanyakan penyanyi popular zaman itu antaranya Ramlah Ram, Siti Fairuz, Nassier Wahab dan Jamal Abdillah.

Malah, garapan puitis Mama Juwie menyaksikan dua buah lagu tulisannya berjaya memenangi anugerah Juara Lagu pada 1988 dan 1991 iaitu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu (Ramlah Ram) dan Takdir dan Waktu (Mega).

Lagu lain karya Mama Juwie yang pernah menjadi siulan ramai adalah Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi (Ramlah Ram) dan Bila Rindu Ku Sebut Namamu (Siti Fairus) dan Andainya Aku Pergi Dulu (Alleycats).

Sesungguhnya Mama Juwie adalah satu nama besar dalam dunia kewartawanan hiburan dan pemergiannya tentu menyentuh hati banyak pihak terutama para artis dan anggota masyarakat yang membesar circa 80-an.

Al-fatihah.. semoga tenanglah rohnya di sana menemui Sang Pencipta.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori