Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Prinsip wasatiyyah Dapat Selamatkan...

JAKARTA - Prinsip wasatiyyah adalah kunci bagi memelihara umat Islam seluruh dunia daripada...

Penuntut Universiti Antara Merempit...

BUTTERWORTH - Lima lelaki termasuk seorang penuntut universiti ditahan ketika sedang merempit dalam...

Isu 3 Exco: ...

SEKALIPUN hangat kedengaran suara-suara pimpinan Pakatan desak PAS angkat kaki dari tiga jawatan...

MH370: Misi Pencarian Pesawat...

Misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Lautan Hindi dikejutkan dengan penemuan...

WHO Akui Gagal Tangani Krisis Ebola

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengakui badan itu gagal dalam menangani krisis Ebola dan berikrar untuk melakukan perubahan supaya ia tidak berulang pada masa depan.

“Kami menerima segala kritikan kepada pertubuhan ini dengan serius, kami bertindak perlahan dan tidak berkesan, kami tidak secara agresif memberi amaran kepada dunia…kami tidak bekerja dengan satu penyelarasan yang berkesan dengan pihak yang berkaitan.

“Terdapat masalah dalam komunikasi antara kami, kekeliruan dari segi peranan dan tanggungjawab,” kata kenyataan bersama Pengarah Urusan WHO, Margaret Chan, Timbalan Ketua Pengarah dan pengarah wilayah WHO.

Kenyataan itu menyenaraikan lapan pengajaran, termasuk perkara membabitkan tindakan pantas WHO terhadap krisis Ebola yang sepatutnya lebih baik lagi termasuk dari segi perkongsian maklumat dan komunikasi.


Beberapa kritikan menyatakan keengganan WHO mengisytiharkan Ebola sebagai darurat adalah faktor utama menyebabkan wabak maut itu merebak dengan pantas dan menjadi bertambah buruk apabila lebih 25,000 kes dilaporkan dengan angka korban mencecah 10,000 orang. – Reuters

https://www.youtube.com/watch?v=yPaZJTxl_ck

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori