Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Telur Burung Gajah Berusia...

LONDON - Sebiji telur burung gajah yang berusia 800 tahun dijangka dijual lebih...

Patuhlah Fatwa Larangan Solat...

KUALA LUMPUR - Umat Islam di negara ini perlu kekal patuh kepada arahan...

100,000 Bergelap, Ribut Kuat...

WELLINGTON - Beribu-ribu penduduk Auckland, bandar terbesar di New Zealand, terputus bekalan elektrik...

Ophellia Moden Dan Obsesi...

DALAM drama Hamlet, Shakepeare menulis kisah wanita malang yang mengemis cinta lelaki sampai...

SKMM: Youtube Sekat Video Alvin Tan

CYBERJAYA – SKMM telah meminta YouTube and Facebook untuk mengeluarkan video menghina azan oleh Alvin Tan pada 21 April 2015. Pun begitu, pemantauan kami menunjukkan bahawa video berkenaan telah dimuat naik beberapa kali di YouTube. Semalam, YouTube telah menyekat video berkenaan kepada penonton di Malaysia, dan kami masih berhubung dengan Facebook untuk mengeluarkannya.

Pada ketika ini SKMM sedang memantau penyebaran video tersebut dan menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan video berkenaan dalam media sosial mahupun dalam aplikasi pesanan kerana ia melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

SKMM menasihatkan orang ramai supaya jangan mudah terkesan dengan kelakuan yang tidak bermoral dan boleh menganggu gugat keamanan dan keharmonian negara.

Mengenai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

SKMM adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 yang melaksana dan mempromosikan matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia.

SKMM mengawalselia dan menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia yang merangkumi bidang telekomunikasi, penyiaran, dan juga aktiviti dalam talian, perkhidmatan pos dan pensijilan digital. Akta Komunikasi dan Multimedia mengadakan peruntukan kepada SKMM peranan melaksanakan dasar, manakala dasar membuat keputusan adalah diperuntukkan kepada Menteri. Menteri boleh juga mengeluarkan arahan mengenai dasar kepada Suruhanjaya.


Sumber : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

Untuk maklumat lanjut, layari www.mcmc.gov.my dan untuk penjelasan lanjut, sila hubungi:
Tel: +603 8688 8000
Faks: +603 8688 1007
E-mel: [email protected]

– BERNAMA

https://youtu.be/JOtYCX8Tv6U

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori