Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mesyuarat Pilih KPN Baharu...

KUALA NERUS  – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan...

Tiga Mayat Nahas QZ8501...

Memasuki hari kelapan operasi mencari dan menyelamat mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, tiga...

AS Tarik Balik Sekatan...

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) hari ini menarik balik pengharaman selama 40 tahun...

Melayu Bakal Jadi Red...

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad menyeru agar parti politik UMNO...

Zamri Rancang Stategi Selamat Pertahan Kedudukan Teratas

MOHD Zamri Baba merancang strategi selamat bagi mempertahankan kedudukan pendahulu CP130 menjelang Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor, 1 dan 2 Mei ini.

Pelumba Harian Metro Y-TEQ CK Honda Racing itu telah mempamerkan antara aksi terbaiknya dalam karier kelas perdana apabila berjaya meraih kedudukan naib juara dalam kedua-dua pusingan lepas di Temerloh (Pusingan 1) dan Batu Kawan (Pusingan 2) dan kini sedang mendahului senarai keseluruhan dengan 40 mata.

Meskipun begitu, Zamri akur kedudukan tersebut masih tidak selamat dan perlu merancang strategi terbaik bagi mempertahankan kedudukan tersebut yang hanya dipisahkan dengan 17 mata berbanding empat pelumba lain yang menduduki kelompok lima pelumba teratas, Elly Idzlianizar Ilias, Ahmad Fazli Sham, Abdul Muhaimin Roslan dan Mohd Hafiz Nor Azman.

“Saya tidak ingat bila kali terakhir saya memimpin kedudukan keseluruhan seperti ini, jadi saya mahu mempertahankannya dengan merancang strategi lebih selamat di Muar nanti. Memang sasaran utama saya adalah untuk memenangi perlumbaan, tetapi pada masa sama saya juga perlu konsisten mengutip mata yang banyak dan tidak boleh membazirkan sebarang peluang dalam setiap perlumbaan,” jelas Zamri.


“Memang tidak dinafikan jentera kami ketika ini antara jentera terbaik di litar dan saya yakin mampu beraksi ke tahap maksimum. Cuma saya perlu mengambil langkah selamat kerana saya tidak mahu keputusan kurang memberangsangkan seperti musim lepas.

“Saya berharap pasukan saya dapat menyediakan jentera kompetitif seperti pusingan-pusingan lepas. Cuma saya masih belum dapat memaksimumkan keupayaan jentera kerana saya bermula agak perlahan, kesilapan yang tidak mahu berulang di Muar,” tambahnya.

Mengulas tentang cabaran duo PETRONAS Yamaha Maju Motor, Ahmad Fazli Sham dan Abdul Muhaimin Roslan yang mana kedua-duanya mampu memberikan tentangan sengit terhadap pelumba-pelumba SCK sepanjang dua perlumbaan lepas, Zamri berkata, “Pasukan Maju Motor dan SCK kini berada pada prestasi serupa. Ia bagus kerana menjadikan kami perlu bekerja lebih keras dan pada masa sama dapat menjadikan perlumbaan ini lebih menarik. Meskipun mendatangkan tekanan, namun kelebihan memihak kepada siapa yang lebih baik malah saya juga sukakan cabaran sengit seperti ini.” – MYNEWSHUB.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori