Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Wanita Persoalkan Hari Berkabung...

JARANG sekali kita menyaksikan Istiadat Penghormatan Jenazah untuk orang awam seperti yang diterima...

Mantan ADUN Lahad Datu...

LAHAD DATU - Mantan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lahad Datu, Datuk Mohd...

PLUS Nasihat Pemandu Rancang...

KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menasihatkan orang ramai yang bercadang menggunakan...

Hanya 3 Lokasi Di...

SUNGAI PETANI - Hanya tiga lokasi di dua daerah di Kedah masih mengalami...

Zizan: Bakal Isteri Saya Cantik, Tenang & Hormat Ibu Bapa

BOLEH dikatakan berita perihal Zizan Razak yang bakal mengakhiri zaman bujangnya tidak lama lagi kini menjadi topik hangat dalam industri hiburan tanah air.

Meskipun berita perkahwinannya itu sudah tersebar, Zizan enggan mendedahkan gadis bertuah yang bakal menjadi suri hidupnya, selain menyatakan bakal isterinya merupakan gadis sekampung.

Bagaimanapun bercakap mengenai bakal isterinya, pelakon Cicakman 3 itu mengakui perkenalan selama dua bulan sudah cukup membuatkan hatinya terpaut selain menyifatkan bakal isterinya seorang yang cantik dan menghormati orang tua.

Malah, keluarga masing-masing merestui hubungan yang dibina.

“Dia hormat pada ibu dan abah saya. Dia juga seorang gadis cantik yang sangat tenang.


“Senyuman manis dia sentiasa mencairkan hati saya,” ujarnya.

Alahai, tidak sabar-sabar rasanya ingin menyaksikan hari pernikahan Zizan dan bakal isteri.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori