Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Operasi Besar-Besaran Buru PATI...

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen akan melakukan operasi besar-besaran bagi membanteras kebanjiran pendatang...

Nik Omar Mulakan Tugas...

PUTRAJAYA - Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang baharu Nik Omar...

India Mahu Naik Duti...

NEW DELHI- Kementerian Perdagangan India telah menyarankan supaya duti import minyak sawit bertapis...

KPKT Sasar 41 PPR...

PETALING JAYA - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan pelaksanaan program Sanitasi...

Zizan Razak Nafi Kahwin Jun.. Dah Kenapa Pulak?

KECOH jadinya industri hiburan apabila sebuah akhbar tempatan melaporkan pelawak terkenal Zizan Razak bakal mengakhiri zaman bujangnya pada Jun 2015.

BACA: Zizan Razak Dedah Bakal Kahwin Gadis Sekampung Jun Ini

Tup-tup muncul kenyataan baharu bahawa Zizan belum berbincang tarikh perkahwinan seperti yang digembar-gembur baru-baru ini.

Menerusi Harian Metro Zizan menjelaskan, dia belum pulang ke kampung untuk membincangkan hal perkahwinan namun tidak menolak kemungkinan akan berkahwin dengan gadis pilihan ibunya pada tahun ini.

“Memang saya akan berkahwin tahun ini tapi belum tentu Jun seperti yang kecoh diperkatakan. Apa-apa pun saya kena berbincang dengan keluarga dulu sebab (kami) baru sebulan saja kenal.

“Terkejut sangat bila baca laporan (kononnya) saya akan berkahwin Jun depan. Kalau sudah berjumpa dan berbincang, barulah saya berani sahkan tarikh. InsyaAllah kalau semua berjalan lancar memang tahun ini juga sebab saya bukan makin muda,” ujar Zizan.


Bagaimanapun, identiti bakal isteri Zizan masih lagi terus menjadi tanda tanya.

Dalam pada itu, Zizan mengakui usaha untuk memenangi semula hati Emma Maembong sudah berakhir semenjak mereka berpisah Januari lalu.

“Akhirnya saya kena akur jodoh antara kami sudah tiada, walau apa pun berlaku hidup perlu diteruskan.

“Buat Emma saya doakan yang terbaik dan saya percaya dia boleh pergi jauh dalam industri,” tambahnya lagi.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori