Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

RM232 Juta Diperlukan Baik...

PENDANG: Sebanyak RM232 juta diperlukan bagi membaik pulih infrastruktur dan fasiliti awam yang...

Lari Dari Rumah, 10...

BEIJING - Sepuluh tahun selepas melarikan diri dari rumah, seorang wanita berusia 24...

Agenda ‘Membandarkan Luar Bandar’...

KINABATANGAN: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu agenda 'Membandarkan Luar Bandar'...

Kerajaan Disaran Tambah Bilangan...

KUALA LUMPUR - Seorang Anggota Parlimen Bebas mencadangkan agar kerajaan menambah bilangan pakar...

Zoo Latih Seekor Kambing Jadi Pelukis

ALBUQUERQUE l(Amerika Syarikat) – Sebuah zoo di sini, menjual beberapa lukisan yang dilukis seekor kambing selepas pengunjung tertarik dengan hasil seni haiwan itu.

Lukisan berkenaan dilukis seekor kambing yang diberi nama Bodie selepas dilatih pekerja di Zoo Albuquerque di sini, sejak beberapa bulan lalu.

Haiwan itu melukis dengan menggunakan berus lukisan yang digigit di mulutnya.

Bodie mampu melukis dengan baik dan lukisannya berwarna-warni itu sering mendapat pujian pengunjung zoo berkenaan.

Seorang pengunjung, Lynda Shey berkata, dia sanggup membeli lukisan yang dilukis Bodie kerana ia sangat cantik.


“Saya membeli satu lukisan yang dihasilkan haiwan itu kerana tertarik dengan warnanya,” katanya.

Pengurus Zoo Albuquerque, Lynn Tupa memberitahu cabaran dihadapi mereka ialah melatih haiwan berkenaan menggunakan otak mereka. – Agensi

https://youtu.be/Nu9Pb4kBt2M

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori