Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ibrahim Ali Gelar ‘Bangsat’.....

Ketua Pemuda UMNO yang juga Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, enggan menghiraukan...

Hebat Sangatkah Adnan? –...

Sesiapa yang mendokong kuat integriti, tidak akan melatah dan emosional terhadap pendedahan media....

Disangka Tidur, Dua Remaja...

KINABATANGAN - Kejadian mengejutkan penduduk Kampung Jaya Baru, dekat sini, apabila dua remaja...

Mayat Wanita Ditemukan Di...

IPOH - Mayat seorang wanita yang telah reput dan berbau ditemui di tebing...

1,000 Dijangka Hadiri Makan Malam Victoria Institution

KUALA LUMPUR – Kira-kira 1,000 bekas pelajar sekolah Victoria Institution dijangka menyertai Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-122 sekolah itu pada 31 Mei ini.

Presiden Persatuan Murid-Murid Tua Victoria Institution (VIOBA), Kwek Keng Chye berkata, majlis itu antara lain bertujuan menjana dana untuk membantu penyelenggaraan dan pembaikan struktur sekolah yang kini berusia 90 tahun.

“Sekolah ini telah dianugerahkan status warisan pada tahun 2009 oleh kerajaan Malaysia. Victoria Institution diasaskan pada tahun 1893 dan berpindah ke premis sekarang di Bukit Petaling pada tahun 1929,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Keng Chye berkata, sekolah Victoria Institution mempunyai sejarah yang besar dalam melahirkan ramai pemimpin dan ahli perniagaan berwibawa.


Menurutnya, Victoria Institution juga merupakan sejarah Perang Dunia Kedua kerana dewan dan anjung sekolah itu menjadi tempat untuk dua upacara serahan diri rasmi tentera Jepun.

“Sekolah kami juga telah dijadikan markas untuk kedua-dua tentera Jepun dan British dan ia amat merugikan jika bangunan ini tidak dipulihkan untuk bertahan sekurang-kurangnya selama 90 tahun lagi,” katanya. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori