Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pelan Pembangunan KL 2020...

KUALA LUMPUR — Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2020 akan diwartakan sebelum pertengahan November...

Anggota kabinet Perlu Bersetuju...

PUTRAJAYA - Anggota Kabinet perlu bersetuju dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun...

Selamba Biar Anak Conteng...

SERING sahaja kita mendengar keluhan masyarakat tentang sikap ibu bapa yang tidak kisah...

Teruskan Projek Jika Baik...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggesa kerajaan supaya...

Program Nyanyian American Idol Temui Noktah Tahun Depan

Setelah bersiaran selama 14 musim, satu pengumuman mengejut dibuat saluran Fox apabila berkata, musim ke-15 program nyanyian American Idol bakal menjadi yang terakhir.

Melahirkan banyak bakat luar biasa seperti Kelly Clarkson, Jennifer Hudson dan Carrie Underwood, sudah tentunya ia akan dikenang sebagai antara program terbaik pernah muncul di kaca televisyen.

2863EB1200000578-3076666-image-a-1_1431347957371

Barisan juri untuk musim terakhir masih mengekalkan Jennifer Lopez, Harry Connick Jr dan Keith Urban dan program itu akan terus dihoskan Ryan Seacrest yang kekal sejak musim pertama.

Pada beberapa musim di awal kemunculannya, American Idol berjaya menarik penontonan mencecah 20 juta, dan pada tahun 2006, ia mencatat jumlah tertinggi mencecah 31 juta penonton.

Namun, kemunculan banyak program-program baru menyebabkan American Idol semakin kurang mendapat perhatian, dan jumlah penontonan jatuh mendadak sehingga berbaki kurang 10 juta untuk musim terbaru.


– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Kompilasi Peserta Dalam Pprogram American Idol

https://www.youtube.com/watch?v=yLiRQhOcd2w

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori