Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Dasar Keselamatan Siber Negara...

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan memperkenalkan Dasar Keselamatan...

4 Maut Dirempuh Ketika...

SUNGAI BULOH - Gara-gara berhenti di tepi jalan, empat maut termasuk seorang bayi...

TNB Tubuh Pasukan Khas...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menubuhkan pasukan khas untuk menangani isu...

3 Produk Kosmetik Dikesan...

AWAS... Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai...

13 Lagi Rangka Mayat Ditemui Di Perkuburan Bukit Wang Burma

KUALA LUMPUR – Sejumlah 13 rangka mayat dipercayai mangsa pemerdagangan manusia ditemui di kawasan perkuburan, Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis, setakat ini.

Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Polis Diraja Malaysia Bukit Aman ACP Datin Asmawati Ahmad berkata sebanyak sembilan lagi rangka mayat dibawa turun dari hutan berkenaan, Khamis malam.

“Semua rangka tersebut sampai di kaki bukit pada pukul 8.45 malam dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah untuk tindakan lanjut oleh pakar patologi.

“Pasukan Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah dan Pasukan Gerakan Am PDRM akan meneruskan misi menggali dan mengeluarkan rangka mayat di lokasi yang telah dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan di sini Khamis malam.


Isnin lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penemuan 139 kubur di 28 kem sementara sindiket pemerdagangan manusia antara Kampung Wai di Kuala Perlis hingga Tangga 100 di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, sepanjang 11 kilometer. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori