Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Petronas Bankrap Kalau Bayar...

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan pendirian konsisten tidak bersetuju dengan bayaran...

Kisah Pak Cik Yahya.....

TERSENTUH hati kami membaca kisah dari seorang lelaki bernama Amer Irham tentang pengalamannya bertemu...

Edar 20.5kg Syabu: Sepasang...

KUALA LUMPUR - Sepasang kekasih dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini...

Jet Valet Beri Kerjasama...

Kuala Lumpur : Jet Valet Sdn Bhd yang juga syarikat pengendali bagi pesawat...

Ijazah Kejuruteraan Kimia Dari UK, Tapi Memilih Jadi Doktor Badut!

Memiliki ijazah dari pusat pengajian tinggi di barat mampu membuka peluang kepada seseorang itu untuk mendapat pekerjaan yang bukan sahaja menjanjikan pendapatan tetap tetapi mungkin juga lumayan.

Namun, adakalanya duit bukan segala-galanya dalam hidup ini.

Kebahagian sebenar akan hanya datang apabila kita memilih untuk melakukan perkara yang kita inginkan dari hati.

dr 1
Iskandar Syah Ismail merupakan peneraju Red Bubbles yang menawarkan khidmat doktor badut bagi menghiburkan pesakit kanak-kanak di hospital.

Itulah sebabnya Iskandar Syah Ismail, 39, walaupun memiliki ijazah Kejuruteraan Kimia dari Universiti Bradford, United Kingdom memilih untuk menjadi badut di hospital!

Bukankah jauh bezanya antara ijazah kejuruteraan kimia dengan menjadi penghibur di hospital kanak-kanak?

Namun, jiwa beliau ke arah melihat setiap insan itu gembira dan itu sudah lebih mencukupi dari wang ringgit.

“Habis saja belajar dari Universiti Bradford, saya tidak pernah praktis, saya terus menceburi bidang kesukarelawanan dengan kerja-kerja kebajikan.

“Saya banyak terlibat dalam kerja bantuan kemanusiaan, itu yang saya lakukan sejak 15 tahun lalu. Ini merupakan panggilan saya untuk berkhidmat dengan masyarakat.

“Malah saya telah diterapkan dengan kerja-kerja kemanusiaan sejak kecil lagi oleh kedua ibu bapa saya,” katanya ketika ditemui Mynewshub di wad kanak-kanak Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), baru-baru ini.

Hakikatnya, jangan kita pandang enteng dengan pekerjaan sebagai badut kerana setiap pekerjaan itu ada keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri.

Begitulah juga halnya dengan doktor badut yang turut sama mempunyai kepentingan dalam perkembangan positif buat pesakit terutamanya kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik dan kritikal seperti kanser.

Tujuan utama doktor badut katanya adalah untuk membantu pesakit melupakan seketika penderitaan yang dialami mereka selain turut menghiburkan ibu bapa dan penjaga pesakit yang mungkin turut terjejas kesihatan mental dan emosi.


“Fungsi doktor badut adalah untuk menghibur supaya pesakit berasa sentiasa gembira dan mereka lupa sebentar kesakitan yang dialami selain turut membantu ibu bapa pesakit itu sendiri.

“Dalam bidang tugas ini kami sentiasa meletakkan sensitiviti pesakit di tangga paling atas kerana konsep kami berbeza daripada badut tradisional.

“Apabila kita bertugas dalam hospital, kita hanya memerlukan hidung merah dan tidak perlu memakai mekap tebal supaya si badut tidak menakutkan pesakit terutama kanak-kanak.

“Kami melembutkan imej badut itu dalam konteks doktor badut kerana kami berinteraksi secara dekat dan langsung dengan pesakit, jadi kami tidak perlu mengaplikasikan mekap yang tebal seperti badut di majlis hari jadi contohnya.

“Kerana jika mengikut sejarah, badut perlu menghiburkan ramai orang, oleh itu mereka perlu bermekap tebal supaya kehadiran mereka disedari oleh orang sekeliling walaupun orang itu berada dari jauh sekali pun,” katanya menjelaskan serba sedikit tugas yang perlu dilakukan badut pada zaman dahulu kala.

Kegigihan Iskandar begitu nyata apabila menjadi peneraju doktor badut di Malaysia sehingga tertubuhnya Persatuan Penghibur Kanak-Kanak Buih Merah Kuala Lumpur dan Selangor, Red Bubbles yang membekalkan khidmat pasukan pekerja sukarelawan yang dipertanggungjawabkan untuk menghiburkan pesakit di hospital.

Menceritakan lebih lanjut mengenai penubuhan organisasi kebajikan itu, Iskandar berkata, Red Bubbles ditubuhkan pada 2011, di mana buat permulaan mereka hanya menumpukan kepada kerja-kerja kraftangan dengan pesakit kanak-kanak terutama pada hujung minggu.

“Kita bermula dengan aktiviti yang ringkas, aktiviti kraftangan dengan kanak-kanak pada hujung minggu dan kemudiannya hubungan Red Bubbles bertambah baik dengan jururawat dan pihak hospital dan sejak itu kami mula menghiburkan pesakit kanak-kanak terutamanya yang menghidap penyakit kronik seperti kanser,” katanya.

Apakah mungkin ada penyesalan di jiwa beliau untuk memilih menjadi badut, riak wajah beliau yang sentiasa ceria memberikan jawapan kepada persoalan itu tanpa perlu ditanya.

SETERUSNYA:  Doktor Badut Letak Sensitiviti Pesakit Di Tangga Teratas

Oleh: JULIANA JOHAR
Foto/Video: RIZA RAZAK

https://www.youtube.com/watch?v=vTMNd4WsTlM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori