Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

“Nanti Bil Air Kita...

SUDAH pasti ramai antara kita inginkan kehidupan yang serba serbi mewah biar pun...

Malaysia, Singapura Sepakat Terus...

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Singapura akan terus perbincangan dan mencapai persetujuan bagi...

Pelayan Ditembak Mati Kerana...

HANYA kerana menegur seorang pelanggan lelaki supaya tidak merokok, pelayan restoran Julia Brightwell maut akibat...

Jenazah Mejar Mohd Hasri...

JEMPOL - Jenazah juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Mohd Hasri Zahari,...

1MDB: Najib Nafi Arul Kemuka Penyata Bank Palsu

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini menafikan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy, mengemukakan penyata bank palsu berkaitan akaun anak syarikatnya yang dikatakan dari cawangan Bank BSI di Singapura.

“Kenyataan ahli Yang Berhormat bahawa Arul Kanda mendapat penyata bank yang bukan milik BSI adalah tidak benar,” kata Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam jawapan bertulis kepada Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (Raub-DAP) yang diedarkan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Ariff bertanyakan Najib bagaimana Arul mendapat penyata bank yang bukan milik BSI, dan jika penyata itu bukan dari bank tersebut, ia ternyata pemalsuan dokumen, dan sama ada ia mendedahkan 1MDB kepada tindakan undang-undang oleh BSI.

Semalam, Najib menyatakan bahawa baki pelaburan yang dipindahkan dari Cayman Islands telah ditebus dalam bentuk aset di bank Singapura dan bukan dalam bentuk tunai.

Ekoran itu, DAP menggesa Arul dipecat kerana menipu rakyat mengenai kewujudan tunai US$1.103 bilion (RM3.96 bilion) di Singapura.


Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata Najib dan ahli lembaga pengarah 1MDB mesti menyingkirkan Arul daripada terus memimpin syarikat sarat hutang itu.

Katanya kegagalan Najib memecat Arul akan mencemarkan nama baik beliau dan ahli lembaga pengarah 1MDB. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori