ALOR SETAR – Dua beranak maut manakala seorang lagi cedera ringan apabila kereta Proton Wira yang dinaiki mereka terbabas di kilometer 12.2 Lebuhraya Utara Selatan, arah Jitra ke Changloon, awal pagi tadi.
Mangsa yang terbunuh, Salwa Salim, 31, pemandu kereta berkenaan dan anaknya Iman Syahmi Ahmad Irwandy, 6 tahun.
Ketua Polis daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah dua beranak itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan setelah tercampak keluar dari kereta mereka.
Anak perempuan Salwa, berumur 3 tahun yang diduduk di bahagian penumpang belakang hanya cedera ringan, katanya di sini hari ini.
Menurut Abd Rahim, kemalangan berlaku pada kira-kira 2.30 pagi apabila mangsa gagal mengawal kenderaan yang dipandunya lalu sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar pokok kelapa.
Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Jitra dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. – BERNAMA
https://www.youtube.com/watch?v=qwbAv1TjBUI