Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Zon Perdagangan Bebas Digital...

KUALA LUMPUR - Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) yang akan dilaksanakan suku pertama...

Kanak-Kanak Malaysia Bimbang Kes...

KUALA LUMPUR - Tujuh daripada 10 kanak-kanak di negara ini menyatakan kebimbangan mengenai...

Sasar Tambah 400 AW...

KUALA TERENGGANU - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyasarkan pertambahan sebanyak 400 anggota Askar...

Jangan Guna Kemudahan Asas...

KOTA KINABALU - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd...

299 Pati Ditahan Dalam Operasi Bersepadu MKN Di Sandakan

SANDAKAN – Seramai 299 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu yang dilaksanakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah di daerah ini selama dua hari yang berakhir hari ini.

Setiausaha MKN Sabah Mohd Rodzi Md Saad berkata dalam operasi itu, serbuan dilakukan ke atas sembilan tapak rumah kongsi pekerja, empat kawasan penempatan setinggan dan satu tapak pembinaan.

Katanya seramai 523 orang yang disyaki sebagai pendatang asing tanpa izin diperiksa dan daripada jumlah itu, 330 orang telah ditahan untuk pemeriksaan lanjut di pusat pemeriksaan dokumentasi.

Menurutnya selepas tapisan dijalankan, 299 daripada mereka ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan Peraturan-Peraturan Imigresen kerana kesalahan memasuki dan berada di negeri ini secara haram.

Kesemua mereka berumur antara setahun hingga 70 tahun dan telah dihantar ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sibuga, Sandakan untuk siasatan lanjut selama 14 hari, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Rodzi berkata operasi bersepadu yang berterusan ini dilaksanakan sebagai mempamerkan kesungguhan usaha kerajaan melalui agensi-agensi penguatkuasa menjadikan Sabah sebagai negeri yang sentiasa sejahtera, aman dan selamat.

Katanya kehidupan di negeri ini adalah didominasi oleh penduduk atau rakyat tempatan dan bukannya oleh warga asing yang berada di Sabah secara tidak sah atau secara haram.


Beliau berkata sejak Januari lepas hingga ke hari ini, jumlah PATI yang ditahan reman menerusi pelaksanaan operasi bersepadu itu adalah seramai 2,102.

Katanya operasi bersepadu yang bermula sejak 2 April lepas dijalankan secara khusus setelah Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Dalam Negeri menyalurkan peruntukan berjumlah RM2.3 juta untuk membolehkan operasi yang lebih berkesan dan berwibawa dilaksanakan.

Mohd Rodzi berkata sehingga ke hari ini seramai 6,857 PATI sedang ditahan di empat PTS di negeri ini iaitu di Kota Kinabalu (2,180), Papar (1,595), Sibuga, Sandakan (1,389) dan Tawau (1,693).

Menurutnya bagi tempoh Januari hingga ke hari ini sejumlah 8,226 PATI telah diusir atau dihantar pulang ke negara asal masing-masing.

Daripada jumlah itu, seramai 6,092 adalah warganegara Filipina, dan 2,134 warganegara Indonesia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori