Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Kartunis Kontroversi Zunar Ditahan...

KUALA LUMPUR - Kartunis kontroversi, Zulkifli Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai Zunar...

Islam Akan Keciciran Jika...

GEORGETOWN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riā€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah umat...

Irwan Lapor SPRM Isu...

TEGAS...Ā Bukan setakat cakap kosong sahaja, malah Tan Sri Irwan Serigar Abdullah tampil buat...

Bekalan Beras Semasa Negara...

KUALA LUMPUR : Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan, bekalan beras...

3 Maut Tercampak, Tersepit Di Bahau

Bahau – Tiga lelaki maut, dua wanita parah dalam kemalangan di Kilometer 2 Jalan Juasseh-Bahau, berhampiran Kampung Ulu Jempol di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 4.30 pagi itu, kereta dinaiki lima mangsa berusia 30-an dalam perjalanan dari arah Juasseh ke Bahau terbabas dan terbalik.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bahau, Pegawai Bomba Kanan II A Gonaselan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.34 pagi sebelum sebuah jentera dan tujuh anggota bomba ke tempat kejadian.

Katanya, tiga mangsa masing-masing dua lelaki dan seorang wanita tercampak keluar manakala dua lagi mangsa tersepit dalam kereta.

Katanya, mayat tiga mangsa dihantar ke Hospital Jempol dekat sini, untuk dibedah siasat manakala dua yang parah dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk dirawat. – myMetro Online


 

https://www.youtube.com/watch?v=4_LJEr21LLk

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori