Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Hartal Doktor Kontrak 2.0...

KUALA LUMPUR - Hartal Doktor Kontrak 2.0 akan dilaksanakan sebagai bantahan berikutan Bajet...

KDNK Suku Pertama 2019...

KUALA LUMPUR - AmBank Research menjangkakan Malaysia mencatat pertumbuhan keluaran dalam negeri kasar...

American Airlines Tamat ‘Perkongsian...

PETALING JAYA - American Airlines tidak lagi menawarkan “perkongsian kod” dengan Malaysia Airlines...

Sukan Asia: Skuad Memanah...

INCHEON - Kilauan pingat emas yang diharapkan daripada skuad memanah recurve lelaki negara...

30% Daripada 70,000 Syarikat Telah Kemuka Penyata GST

BALING – Kira-kira 30 peratus daripada lebih 70,000 syarikat telah mengemukakan penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bulanan mereka setakat ini menjelang tempoh akhir 27 Mei ini, kata Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad.

Beliau berkata syarikat yang mempunyai perniagaan melebihi RM5 juta perlu mengemukakan penyata terbabit setiap bulan, berbanding tiga bulan sekali bagi syarikat di bawah RM5 juta.

“Kita menjangkakan tiada masalah teknikal kerana sistem yang sedia ada berkemampuan menerima penyata dalam jumlah yang banyak selain sistem itu juga akan menghantar peringatan kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Mencegah Penyeludupan peringkat Negeri Kedah hari ini.

Katanya, bagi perniagaan di bawah RM5 juta, penyata boleh mula diserahkan bermula Julai ini dan syarikat yang gagal mengemukakan penyata boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.

Menurut Khazali, syarikat tidak boleh memandang remeh tentang penghantaran penyata kerana ia penting untuk membolehkan cukai dikutip dan sekiranya mereka gagal mengemukakan penyata tersebut, Kastam sukar untuk mengutip cukai.

Beliau juga berkata 3,000 pegawainya telah digerakkan ke seluruh negara bagi menjalankan misi ‘pembelian misteri’ untuk melihat sendiri perkara-perkara berkaitan rungutan tentang pelaksanaan GST.


“Kita jalankan misi ini bagi melihat dan memantau supaya tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap pelaksanaan GST ini,” katanya sambil meminta rakyat supaya melapor atau memberi maklumat sekiranya mendapati ada pihak yang cuba mengambil kesempatan.

Sementara itu, beliau juga berkata Kastam Kedah mematahkan 139 kes penyeludupan bermula Jan 2015 sehingga kini dengan nilai cukai yang dapat diselamatkan mencecah RM50 juta.

Daripada jumlah itu, 16 daripadanya membabitkan penyeludupan rokok dengan nilai cukai RM44 juta, 20 kes berkaitan minuman keras dengan nilai cukai RM154,000 dan kes kenderaan melibatkan 83 buah dan cukai sebanyak RM5 juta, katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • GST

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori