Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jualan Perodua Meningkat 7.3...

JUALAN Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) meningkat 7.3 peratus kepada 37,400 kenderaan...

Lelaki Kudung Tangan, Guna...

NYATA kekurangan tidak memiliki kedua belah tangan sejak dilahirkan tidak mematahkan semangat Brian...

VIDEO: Biadap… Jurulatih Tendang...

Satu rakaman video yang menaikkan kemarahan ramai orang mengenai tindakan kurang ajar yang...

Larangan Aktiviti Di Gunung...

STATUS Gunung Merapi di Sumatera Barat masih dalam keadaan waspada selepas ia meletus...

52 Terbunuh Dalam Tanah Runtuh Di Colombia

SALGAR, Colombia – Kejadian tanah runtuh di barat laut negara ini pada awal pagi Isnin setakat ini sudah mengorbankan 52 orang dan 37 cedera, kata pegawai.

Penduduk kawasan itu sedang tidur ketika kejadian tanah runtuh berlaku kira-kira jam 3 pagi.

“Tanah dan selut memusnahkan segala-gala yang ada di laluannya,” kata Datuk Bandar Salgar, Olga Osorio.

Pekan kecil Santa Margarita kini sudah lenyap daripada peta, katanya. Imej yang diambil daripada udara menunjukkan aliran selut meliputi satu kawasan luas, memusnahkan semua rumah, bangunan dan pokok di laluannya.

Penduduk pula dilihat bertungkus lumus mengaut tanah cuba menyelamatkan apa yang termampu.


President Juan Manuel Santos yang pergi ke kawasan itu, bertemu dengan pegawai serta penduduk tempatan.

“Tiada siapa yang boleh mengembalikan saudara mara yang terkorban, kita semua sedih dengan kehilangan itu.

Akan tetapi, kita mesti tempuhi bencana ini dan melihat ke hadapan,” katanya. Dalam pada itu, kanak-kanak yang menjadi yatim piatu akibat bencana itu kini diletakkan di bawah perlindungan Institut Kesejahteraan Keluarga Colombia, katanya. – AFP

https://youtu.be/JhcMxt2phCA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori