BAGHDAD – Sekurang-kurangnya lima maut dalam letupan bom kereta di tempat letak kenderaan di dua hotel berprofil tinggi Baghdad, hari ini yang pernah diserang di sasaran sama lima tahun sebelum ini.
Polis berkata, letupan berlaku sebelum tengah malam waktu tempatan dan letupan kedengaran di seluruh pusat bandar raya.
Menurut polis dan sumber Kementerian Dalam Negeri, sekurang-kurangnya 13 orang turut cedera dalam kejadian itu.
Salah satu bom meletup di Ishtar, menyebabkan tingkap pecah di hotel yang baru diubah suai, selain mengakibatkan satu barisan kereta dan SUV rosak teruk terkena serpihan besi.
Orang ramai yang panik lari keluar dari hotel sebaik letupan berlaku dengan sesetengahnya bergegas menyelamatkan mangsa serta mengalihkan kenderaan.
Hotel Ishtar adalah tempat popular untuk majlis keraian, perkahwinan dan kawasan itu turut menempatkan sebuah kelab manakala Hotel Palestine sering dibanjiri pengunjung pada malam Khamis.
Satu lagi letupan berlaku di tempat letak kenderaan di Hotel Babylon hotel, satu tempat kunjungan popular dan baru diubah suai, hotel yang menghadap Sungai Tigris di kejiranan Jadriya.
Polis berkata, pengawal keselamatan bagaimanapun berjaya menemui satu bom kereta di Hotel Babylon sebelum dimatikan. – AFP/BH Online
https://www.youtube.com/watch?v=4lP6MffIuX0