Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Budak Lelaki Maut Dipercayai...

KUANTAN - Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia dipercayai didera ibu kandungnya...

Aliran Trafik Di Lebuhraya...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan lancar setakat 5...

Perluas Pembukaan Pasaraya Agro...

BERA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memperluaskan pembukaan cawangan Pasaraya...

Pemimpin BN Tidak Amal...

TELUK INTAN - Pemimpin Barisan Nasional (BN) sentiasa mengamalkan pendekatan berkempen secara berhemah...

517 Kes Penderaan Seksual Kanak-Kanak Pada Suku Pertama 2015

KUALA LUMPUR – Sejumlah 571 kes penderaan seksual kanak-kanak telah difailkan di mahkamah dalam tempoh tiga bulan pertama tahun 2015.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penderaan seksual terhadap kanak-kanak diklasifikasikan di bawah tiga bahagian Kanun Keseksaan – Seksyen 376 untuk rogol, Seksyen 354 untuk mencabul kehormatan, dan Seksyen 377A untuk persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.

“Daripada 571 kes yang dicatatkan pada tahun ini, 352 kes adalah rogol, 166 kes mencabul kehormatan, dan 53 lagi adalah bagi persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Dr Izani Husin (PAS – Pengkalan Chepa) pada 26 Mei.

Tambahnya, bagi jenayah seksual terhadap kanak-kanak pada tahun lepas, 1,829 kes rogol telah didokumenkan, bersama-sama dengan 770 kes gangguan seksual dan 53 kes persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.


Mengenai faktor-faktor yang mungkin, beliau mengaitkan jenayah tersebut dengan gejala sosial, kurangnya kawalan dan bimbingan ibu bapa, kekurangan nilai-nilai moral dan agama, sikap berani oleh mangsa dan pelaku, dan kemungkinan mangsa mudah tertipu, mempercayai orang yang baharu dikenali. – mStar Online

 

https://www.youtube.com/watch?v=xJBm5Dd8ccM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori