Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kisah Pramugari Cantik, Bila...

MYNEWSHUB sebelum ini pernah menyiarkan kisah seorang pramugari yang maut selepas terjun dari...

Tak Percaya Selagi Tak...

SEBAGAI seorang bapa, Guan Kak Heng, 70, tidak pernah berhenti berharap agar anak...

Tiada Kluster Najib –...

SELEPAS genap 16 hari penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan kes bekas Perdana...

Berapa Banyak Bisnes Yang...

Tiada sebab mengapa anda tidak boleh hidup senang dan bergelar jutawan suatu hari...

6 Ditahan Berhubung Kes Bunuh Di Pasir Puteh

KOTA BAHARU – Enam suspek termasuk seorang wanita yang disyaki terbabit dalam kes membunuh serta membakar seorang lelaki di ladang sawit Cherang Tuli, Padang Pak Amat, Pasir Puteh ditahan semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata mereka yang berusia antara 20 hingga 60 tahun ditahan kira-kira sejam selepas kejadian pukul 6 petang itu.

“Lima suspek ditahan di rumah kongsi yang terletak tiga kilometer dari tempat kejadian manakala seorang ditahan di Jerteh, Terengganu.

“Kesemua mereka berasal dari Senai, Johor. Kita percaya kes ini telah selesai selepas tertangkapnya kesemua suspek,” katanya kepada pemberita pada majlis perjumpaan dengan pesara polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa A. Ravi, 39, ditemui terbakar oleh orang awam.


Mazlan berkata siasatan awal mendapati mangsa dipukul terlebih dahulu sebelum dibakar.

“Kita percaya motif kejadian adalah selisih faham antara mangsa dengan salah seorang suspek. Mereka membakar suspek untuk menghapuskan bukti,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=9x0Gff-QgQc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori