Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Agong Antara Hadir Beri...

ALOR SETAR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berangkat ke Balai Penghadapan,...

Tahanan PKP Tak Diletak...

PUTRAJAYA - Tidak timbul isu tahanan yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diletakkan...

Dulu Propembangkang, Kini G25...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Tokoh Melayu (G25) yang sering memihak kepada pembangkang hari...

Mahathir, BERSATU Perlu Konsisten...

PULAU PINANG - DAP berharap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr....

95 Pendatang Asing Ditahan Di Kuching Dalam Ops Ikrar

KUCHING – Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak (JIMS) menahan 95 pendatang asing tanpa izin dalam satu serbuan di sebuah tapak pembinaan di Jalan Demak, Petrajaya, di sini dalam satu operasi ‘Ops Ikrar’ semalam.

JIMS dalam satu kenyataan berkata semua lelaki yang berasal dari Indonesia itu ditahan kerana disyaki tinggal dalam negara melebihi tempoh yang dibenarkan, di samping bekerja tanpa permit yang sah.

Operasi yang diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Abdul Malik Bojeng itu membabitkan pemeriksaan oleh 42 anggota penguatkuasa ke atas 357 warga asing dan 24 warga tempatan di tapak berkenaan.

Sementara itu di Sibu (kira-kira 400km dari sini), Bahagian Penguatkuasa Imigresen Sibu pula menahan enam warga Indonesia, termasuk tiga wanita yang didapati melanggar pelbagai peraturan imigresen dalam satu serbuan di sebuah kawasan tapak pembinaan di Jalan Tunku Abdul Rahman, semalam.

“Kesemua tahanan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen untuk siasatan lanjut,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori