OTAI industri hiburan, Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra dipanggil Ogy memang cukup sinonim dengan kritikan yang pedas.
Tapi tak sangka pula, baru-baru ini ada pelawak terkenal terasa hati dan berang gara-gara mulut pedas Ogy.
Semuanya bermula bila Ogy mempersoalkan sketsa komedi terhadap kumpulan Bocik gandingan Fad dan Abam menerusi program Qu Puteh Bintang Bersama Bintang pada Ahad lalu.
Ini komen Ogy yang buat Abam tidak puas hati;
Kenapa daripada dulu sampai sekarang ye, kumpulan Bocik ni hanya menggunakan Abam sebagai bahan, mesti fizikal tubuh Abam.
Bagi kakak kalau sentuh pasal lawak skopnya luas, kamu kata kamu orang tua tapi di mana watak orang tua nya? Bahasa tubuh orang tua? intonasi org tua di mana?
Itu maksud kakak. Tapi kalau awak menang pun kerana undian lah.. kerana ramai peminat awak yang akan mengundi awak bukan kerana persembahan. Terima kasih.
Beberapa jam kemudian, Abam yang sekan ‘mendidih’ dengan kritikan Ogy pada malam itu memuat naik sekeping gambar berserta kapsyen cukup mendalam maknanya.
“Tak salah untuk mengkritik, tapi jangan sampai menjatuhkan air muka,” tulis Abam dalam Instagramnya.
Sebelum ini, Ogy juga pernah mencetuskan kontroversi apabila bengang dikritik peminat hiburan ketika dijemput menjadi artis undangan ketika Maharaja Lawak Mega 2014. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE