Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Test-Test, Line Clear… ‘Akak’...

ROGOL, bunuh, rompak, mencuri... Semua tu dah macam perkara biasa yang sering berlaku...

Hanya Islam Layak Pimpin...

KUALA LUMPUR - PAS mengingatkan masyarakat terutama seluruh jentera parti itu bahawa hanya...

Bahaya!! Roda Ferris Di...

Menggerunkan!!Itulah yang boleh digambarkan tentang sebuah permainan di India yang boleh membuat jantung berdebar...

Lapangan Terbang Baharu Tonjol...

JOGJAKARTA - Gabenor Jogjakarta, Sri Sultan Hamengku Buwono X, mahu rekaan Lapangan Terbang...

Adanya Ketua Menteri Hasil Jasa Guru – Idris Haron

MELAKA – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata seorang ketua menteri tidak mungkin dapat mentadbir negeri dan menjalankan amanahnya kepada rakyat dengan baik tanpa jasa insan bergelar guru.

Malah, katanya guru turut berperanan besar dalam melahirkan rakyat termasuk perdana menteri, menteri, doktor dan peguam yang nyata cemerlang dalam bidang masing-masing.

“Jasa cikgu amat tinggi nilainya terutamanya dalam struktur masyarakat kita. Cikgu yang mendidik, mengasuh dan membentuk diri kita sehingga kita menjadi seorang insan yang berguna untuk rakyat dan negara.

“Bagi saya, semua cikgu saya adalah istimewa, tiada satu atau beberapa yang istimewa kerana jasa mereka semualah membentuk saya menjadi seorang pemimpin untuk menjalankan amanah rakyat Melaka dengan sebaik-baiknya,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hotel Rivero di sini, yang mempunyai 33 bilik di premis rumah kedai bernilai RM1.7 juta di Taman Lagenda di sini.

Idris berkata dengan jasa yang dicurahkan dalam membentuk rakyat Malaysia supaya menjadi insan yang berguna, seseorang guru tidak meminta segunung emas sebagai balasannya walaupun jasa mereka lebih bernilai daripada itu.


Justeru itu, katanya generasi muda masa kini perlu menghargai jasa guru dan mendengar nasihat mereka jika mahu menjadi isan yang berjaya kelak.

Beliau turut menyampaikan pantun ‘Guru Oh Guru’ nukilan Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang untuk dihayati generasi muda masa kini pada majlis itu.

“Saya, keluarga, kerajaan negeri serta seluruh rakyat Melaka mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua cikgu di seluruh Malaysia atas jasa mereka mendidik kita, terima kasih cikgu,” kata Idris. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori