Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

RMK-12 Pelan Pembangunan Menyeluruh...

KUALA LUMPUR - Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dengan matlamat 'Keluarga Malaysia - Makmur,...

Anwar Tolak Tawaran Perlindungan...

KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan telah menolak beberapa tawaran daripada pemimpin...

PM Harap Thaipusam Jadi...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berharap sambutan Thaipusam akan terus...

Kaedah Menang-Menang Dalam Lantikan...

KUANTAN - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini,...

ADS1M Mampu Pupuk Semangat Patriotime

KUALA PERLIS – Pewujudan Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia (ADS1M) dilihat mampu meningkatkan ekonomi luar bandar, selain dapat meningkatkan patriotisme, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata, anugerah tersebut juga bertujuan  menilai prestasi dan pencapaian kampung sebagai usaha berterusan kerajaan dalam mewujudkan masyarakat cemerlang, ke arah mencapai matlamat pembentukan Malaysia sebagai negara maju menjelang 2020.

Jelasnya antara komponen yang ditekankan dalam kriteria pemilihan ialah dari segi konteks pembangunan ekonomi, pembangunan sumber manusia, dan patriotisme.

“Ini dapat dibuktikan dengan penyertaan kampung-kampung dari Sabah dan Sarawak, masyarakat Cina dan India malah orang Asli sendiri,” katanya ketika berucap sempena Majlis Penyampaian ADS1M di sini hari ini.

Anugerah disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada masa sama menurut Shafie, ADS1M boleh meningkatkan lagi kepimpinan masyarakat luar bandar dan memacu transformasi.

“Membolehkan masyarakat luar bandar membawa arus perubahan atau transformasi yang diperkenalkan oleh kepimpinan, bukan sahaja kenal dan faham tapi memberi kerjasama saintifik untuk menterjemahkan dan boleh letakkan negara membangun pada 2020,” katanya.


ADS1M yang bermula tahun lalu oleh KKLW merupakan gabungan dua buah pertandingan besar peringkat luar bandar iaitu Anugerah Desa Cemerlang serta Anugerah Desa Sejahtera.

Kampung Kurong Tengar, Kuala Perlis dan Kampung Parit Tengah, Batu Pahat Johor hari ini diangkat sebagai pemenang bagi kategori Desa Wawasan ADS1M peringkat kebangsaan tahun 2014.

Mereka membawa pulang hadiah berjumlah RM700,000 meliputi RM50,000 wang tunai dan RM650,000 projek ekonomi, piala serta plak.

Terdapat empat kategori dipertandingkan iaitu kategori Kampung Tradisonal, Rumah Panjang Sarawak, Kampung Baru Cina dan Kategori  Kampung  Orang Asli.

Kampung Orang Asli Tanjung Sepat memenangi kategori Kampung Orang Asli, Kampung Baru Bagan Samak, Bandar Baharu, Kedah (kategori Kampung Baru Cina) dan Kampung Changgan, Ng Ijit, Julau bagi kategori Rumah Panjang Terbaik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori