Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo Yu Keng dilaporkan diserang oleh individu tidak dikenali ketika sedang berjalan kaki ke kliniknya dari tempat letak kereta pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi, Dr Teo yang juga selaku Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Miri dipukul dari arah belakang menggunakan kayu besbol.
Khabarnya, akibat serangan tersebut mangsa cedera di bahu dan patah tulang, namun laporan terperinci setakat ini masih belum dikeluarkan.
Menurut seorang saksi, penyerang yang keluar dari kereta dengan memakai helmet secara tiba-tiba dilihat menyerang dan memukul Dr Teo sebelum melarikan diri dengan kereta yang tidak mempunyai nombor pendaftaran.
Dr Teo telah dibawa ke Hospital Umum Miri untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Motif serangan terhadap ahli parlimen Miri ini masih belum diketahui.
Pihak polis telah dimaklumkan dengan kes tersebut namun laporan masih belum dibuat. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: FARAH
Sumber: mStar Online