Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

KKM Bincang Dengan JPA...

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam...

Rangka Terakhir, Terbesar QZ8501...

JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia akhirnya berjaya menarik keluar bahagian terbesar dan terakhir...

Heliza Helmi Ajak Stacy...

BANGSAR - Penyanyi dan pengacara Heliza Helmi menyatakan perasaan terujanya dengan perkhabaran rakan...

Nora Anne Teruja Lihat...

SEREMBAN - Kehilangan remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 sejak 4 Ogos lalu...

Ahmad Maslan Dijadikan ‘Target’ Tembak Dalam Video Game?

BARU-BARU ini Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan telah dikritik teruk apabila beliau menyarankan supaya penuntut universiti memasak sendiri makanan sendiri berbanding makan di luar.

Disebabkan isu itu, namanya ‘melonjak naik’ di kalangan rakyat Malaysia dan telah dijadikan bahan troll di media sosial.

Terkini, Ahmad Maslan dijadikan pula watak ikon di dalam sebuah aplikasi permainan video.

maslan5

maslan6

Aplikasi yang diberi nama ‘Maslan 3.85 Extended Version’ itu menggunakan imej seakan rupa beliau namun telah diubah fizikalnya menjadi zombie.

maslan4

Pereka permainan video tersebut bagaimanapun mengatakan bahawa watak “Maslan 3.85” adalah rekaan dan tiada kaitan dengan mana-mana VIP atau penjawat awam berjawatan tinggi yang sedang popular sekarang.

maslan2


“Sebarang persamaan sama ada dari segi rupa, bentuk muka, jantina dan warna kulit mahupun senyuman dengan individu yang masih hidup ataupun meninggal dunia adalah sekadar kebetulan semata-mata,” katanya.

Setakat ini, hampir 222 pengguna Google Play telah memuat turun aplikasi tersebut.

Pada masa sama, penerangan diberikan oleh pereka permainan video bahawa permainan itu boleh digunakan untuk melepaskan kemarahan terhadap GST dan kenyataan-kenyataan menyakitkan hati oleh para menteri membuatkan kita faham terdapat unsur sarkastik di sini.

“Kecewa dengan GST? Marah dengan kenyataan-kenyataan menyakitkan hati oleh menteri-menteri kita? Jangan risau..lepaskan kemarahan anda dengan Maslan 3.85 Extended Version,” demikian antara keterangannya.

maslan3

Permainan yang boleh dimuat turun oleh pengguna telefon pintar berplatform Android di seluruh dunia itu turut menggunakan gambar latar beberapa lokasi  di Malaysia, termasuk Putrajaya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori