Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

MAFI Tarik RM445 Juta...

DUBAI - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berjaya menarik potensi pelaburan dengan...

Hishammuddin Sedih PH Sisih...

KESAL... Datuk Seri Hishammuddin Tun Husein lahir keresahan terhadap masa depan golongan veteran...

Tubuh Pasukan Petugas Tangani...

KUALA LUMPUR - Penubuhan Pasukan Petugas Khas yang memfokuskan elemen pengurusan sosial dan...

Hukuman Sebatan, Penjara Beri...

MARANG - Penjara tiga tahun dan dua sebatan, hukuman yang diterima di tirai...

Aidil Dah Lama Tahu Isterinya Sering Ganggu Saya – Rita

RENTETAN tindakan Aidil Zafuan membuat laporan polis kerana nombor telefon isterinya Zarema Zainal didedahkan di laman sosial Instagram semalam, Rita Rudaini  berkata itu hanyalah satu tindakan ‘sandiwara’ oleh bekas suaminya itu.

“Saya tak dedahkan pun nombor yang tertera itu milik siapa. Tapi dia dengan sendirinya memberitahu itu nombor isterinya.

“Kenapa pula isteri dia perlu menyimpan nombor saya di dalam telefon bimbitnya sedangkan antara kami tiada kaitan. Tak perlulah nak simpan nombor saya,” kata Rita kepada Berita Harian.

“Saya tak angkat panggilan nombor berkenaan yang didakwa nombor isterinya. Panggilan dilakukan menerusi aplikasi WhatsApp dan bukannya panggilan biasa.

[AIDIL AKUI GUNA NO TELEFON ZAREMA UNTUK BERCAKAP DENGAN ANAK]

“Tak kiralah nak jemput saya ke majlis cukur jambul ke atau majlis sembelih lembu berekor-ekor sekalipun, kenapa tak hubungi dengan panggilan biasa atau hantar mesej sahaja?

“Saya tak faham sandiwara apa pula yang cuba kedua mereka lakukan terhadap saya,” kata Rita sambil menambah, Aidil sudah lama tahu bahawa Zarema sering menganggu dirinya.


Rita berkata, Aidil sendiri pernah mengaku kepadanya tentang perangai Zarema itu sejak mereka belum berkahwin lagi termasuk pernah berpuluh kali menghubunginya tanpa diketahui motif sebenar.

“Dia siap cakap lagi panggilan telefon menerusi WhatsApp itu dibuat sebab nak cakap dengan anak. Sedangkan jam sudah hampir 11 malam. Anak saya sudah tidur waktu sebegitu,” kata Rita yang beranggapan Aidil mungkin berbuat demikian untuk menutup kesalahan isterinya.

Bagaimanapun Rita menegaskan, dia tidak takut dengan apa yang cuba dilakukan oleh Aidil dan isterinya kerana percaya, Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori