Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Najib Cadang Skim i-Survive...

KUALA LUMPUR ā€“ Kerajaan dicadang memperkenalkan skim i-Survive membabitkan pemberian pinjaman automatik sehingga...

Dua Maut, Motosikal Bertembung...

Rantau Panjang : Dua lelaki maut apabila motosikal dinaiki mereka bertembung dengan Perodua...

PAN Kritik Melayu Bangga...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mengkritik orang ramai yang berbangga dengan...

“Ada Konspirasi Jatuhkan Saya”...

KUALA LUMPUR ā€“ Isu pengguguran sepak takraw sebagai sukan teras negara masih belum...

AirAsia Perkenalkan Laluan Kuala Lumpur – Kaohsiung

KUALA LUMPUR – AirAsia akan memperkenalkan laluan Kuala Lumpur-Kaohsiung (Taiwan) dalam rangkaiannya mulai 16 Julai ini, dengan tiga penerbangan terus setiap minggu.

“Destinasi baru ini bakal menjadikan AirAsia, satu-satunya syarikat penerbangan yang membuat laluan terus yang unik ini,” kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Laluan baharu yang dikendalikan oleh AirAsia Bhd dengan kod penerbangan AK, akan menggunakan perkhidmatan pesawat A320 Airbus dengan kapasiti 180 penumpang.

“Kami melihat wujudnya permintaan yang kukuh bagi perjalanan antara Malaysia dan Taiwan.


“Laluan terus ke Kaohsiung ini akan memudahkan rancangan perjalanan untuk masyarakat di selatan Taiwan dalam hubungan ke Kuala Lumpur dan seterusnya,” kata Ketua Komersial, AirAsia Bhd, Spencer Lee dalam satu kenyataan hari ini.

Bersempena dengan pengumuman itu, AirAsia menawarkan tambang serendah RM88 di antara 20 hingga 27 Mei ini.

Tempoh perjalanan tambang promosi ini adalah dari 16 Julai hingga 31 Mei, 2016. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori