SIAPA tidak kenal Mariah Carey, penyanyi bersuara nada tinggi yang turut diketahui mempunyai karektor ala ‘diva’.
Terbaharu pelantun My All ini mengkritik program realiti mencungkil bakat nyanyian yang pernah popular, American Idol.
Penyanyi berusia 45 tahun itu yang pernah menjadi juri American Idol menyatakan, rancangan itu sangat membosankan dan ‘palsu’ kerana mereka perlu berkata sesuatu untuk mengkritik orang.
Dia juga menegaskan bahawa dia tidak akan kembali di dalam rancangan itu sekiranya dijemput untuk tampil buat kali terakhir.
“Sudah pastinya tidak! Ianya adalah pengalaman paling buruk dalam hidup saya,” katanya ketika ditemubual dalam program Kyle & Jackie O di sebuah stesyen radio di Australia.
Isteri kepada Nick Cannon itu menjadi juri semasa musim yang ke-12 pada tahun 2013 bersama juri lain antaranya penyanyi rap terkemuka, Nicki Minaj yang sering berbeza pendapat dengannya.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=Q5VOCOk-w68
Oleh: Pitt