Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kejam.. Tak Disembelih, Lembu...

CANBERRA — Industri perdagangan ternakan hidup Australia kembali dilanda kontroversi susulan laporan hasil...

Melancong Ke Negara Orang,...

OSAKA - Tiga orang lelaki warganegara Malaysia telah membuat onar ketika mereka berkunjung...

Tak Berani Kacau, Alyah...

SYAWAL yang dinantikan pastinya bertambah meriah diraikan apabila dapat berkumpul bersama sanak-saudara dan...

Kerajaan Mahu Percepatkan Kerja...

KOTA BHARU - Kerajaan Persekutuan menubuhkan Pasukan Petugas Khas Pasca Banjir bagi menyelaraskan...

AMK Pertahan “Kesucian” Demonstrasi Jalanan

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menafikan demonstrasi jalanan yang menyebabkan kedudukan Malaysia dalam Global Peace Index (GPI) 2014 merudum daripada tangga ke-19 pada 2011 kepada tangga ke-33.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, pandangan itu yang dilemparkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak tepat.

“Jawapan yang menyalahkan kempen demonstrasi jalanan di dalam hal ini hanya berniat untuk mengelirukan. Kebanyakan aktiviti tunjuk perasaan yang dijalankan adalah aman dan tidak termasuk kategori demonstrasi ganas,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Zahid dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat baru-baru ini mendedahkan antara punca kedudukan Malaysia dalam GPI 2014 merundum disebabkan tunjuk perasaaan oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan kerajaan.


Nik Nazmi sebaliknya menyalahkan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah dan anasir militan `Islamic State’ di Malaysia yang menyebabkan kedudukan dalam GPI merundum.

“Ini mungkin lebih tepat untuk menjadi pengukur kepada keadaan kedamaian negara ini. Satu lagi faktor yang mungkin boleh diambil kira adalah jenayah ganas, yang mana statistik pihak polis sepertimana dilaporkan oleh Pemandu pada tahun 2013 juga terdapat peningkatan,” dakwa Nik Nazmi.

- MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori