Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Delimawati Tak Tolak Sekuel...

PETALING JAYA - Pelakon Delimawati tidak menolak tawaran melakonkan watak Kak Limah dalam...

Covid-19: Pusat Jagaan Warga...

KLUANG - Sebuah balai polis bergerak ditempatkan di hadapan pintu masuk pusat jagaan...

TEKUN Timbang Guna Khidmat...

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kemungkinan menggunakan khidmat agensi pengutip...

Caj Perkhidmatan: KPDNKK Periksa...

BUKIT MERTAJAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memeriksa 787...

Anggota Bomba Bantuan Bantu Kurangkan Beban Bomba Perlis

KANGAR – Pengambilan pegawai bomba bantuan dapat mengurangkan beban kerja anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) di serta dapat meningkatkan ‘masa bertindak balas’ selepas menerima laporan, kata Timbalan Pengarah JBPM Perlis, PgKB II Mohd Salahudin Isa.

Beliau berkata sebanyak 21 orang anggota bomba bantuan yang baru dilantik akan ditempatkan di Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Empat, Perlis dan akan beroperasi pada pertengahan Jun ini.

“Mereka akan membantu anggota bomba tetap dalam menjalankan tugas-tugas memadam kebakaran dan menyelamat,” katanya semasa menghadiri Majlis Sambutan Hari Bomba Sedunia Tahun 2015 di Ibu Pejabat JBPM Perlis.

“Pegawai bomba bantuan ini akan menjalani kursus selama 10 hari di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai bermula 23 Mei ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata pengambilan bomba bantuan juga dapat menukar sif bekerja JBPM daripada 24 jam kepada sif 12 jam sekaligus dapat menjaga kebajikan anggota bomba.


Mohd Salahudin berkata JBPM Perlis akan menambah dua buah balai di Beseri dan Kaki Bukit bagi meningkatkan lagi mutu kerja dan kepantasan JBPM Perlis dalam operasi memadam kebakaran dan menyelamat.

Terdahulu beliau menyampaikan sijil penghargaan kepada petugas-petugas JBPM Perlis yang terlibat dalam aktiviti dalam negara dan antarabangsa serta menyampaikan surat pelantikan Pasukan Bomba Bantuan negeri Perlis.

Beliau turut melakukan acara penyerahan dua unit jentera baharu kepada JBPM Perlis iaitu sebuah EMRS dan sebuah lori tiga tan untuk kegunaan semasa operasi. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Bomba

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori