Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Akan Bincang Cadangan...

SERDANG - Kerajaan akan membincangkan cadangan untuk membenarkan semula eksport ayam ke luar...

Sistem Elektronik Berjaya Kurang...

KUALA LUMPUR - Sistem transaksi tol secara elektronik (ETC) berjaya mengurangkan sehingga 50...

Ismail Sabri Sah Tidak...

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengesahkan beliau tidak...

Kisah Sebenar Gadis Maut...

Semalam, berita kematian seorang pelajar Kolej Kejururawatan di Ulu Kinta, Perak heboh diperkatakan di...

Anggota UKK Cedera Disimbah Cecair Dipercayai Asid

ALOR SETAR – Seorang anggota Pertubuhan Unit Kawalan Keselamatan (UKK) Kota Setar cedera di mata dan muka akibat disimbah cecair dipercayai asid ketika cuba menangkap tiga penjenayah yang memecah masuk ke dalam sebuah premis di Lebuhraya Sultan Abdul Halim dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata kejadian berlaku pada 6.30 petang ketika anggota berkenaan sedang menjalankan pemeriksaan di premis tersebut selepas mendapat aduan berhubung tiga suspek lelaki memecah masuk premis berkenaan.

“Sebelum kejadian, pemilik premis menerima panggilan daripada kenalannya yang menyatakan bahawa ada orang cuba memecah masuk ke dalam premisnya. Pengadu yang bimbang telah menghubungi pihak UKK untuk meminta membuat rondaan di premisnya.

“Setibanya pemilik premis di tempat kejadian, dia melihat seorang anggota UKK cedera di bahagian mata dan muka setelah disimbah asid oleh seorang daripada suspek yang cuba melarikan diri melalui pintu belakang premis.

Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.


Katanya, polis menahan tiga suspek terbabit untuk siasatan lanjut dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja.

Sementara itu, menurut Adzman, pemilik premis berkenaan percaya penjenayah terbabit ingin mencuri alat pendingin hawa di premis tersebut, memandangkan tiada barang berharga lain yang ada di dalam premis berkenaan. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori