Kurang dari dua hari sebelum menjelangnya hari mengundi di kawasan Parlimen Permatang Pauh, angin perubahan jelas dirasai semua yang berada di situ terutamanya jentera Barisan Nasional (BN).
Menurut Pengarah PRK BN Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, suasana kali ini amat berbeza jika dibandingkan ketika Pilihan Raya Kecil DUN Permatang Pasir pada 2009 lalu.
[ “Tidak Manis Jika Saya Tidak Kke Rompin” – Zahid]
Tambahnya, perubahan tersebut amat dirasainya, dan ia semakin kuat menjelang hari pengundian pada Khamis depan.
Menurut beliau dalam kenyataannya kepada The Rakyat Post, “Oleh itu, kurang daripada 40 jam daripada sekarang, kita akan berada di suatu keadaan bagi penentuan sama ada rakyat di Permatang Pauh masih mahu berada di dalam sebuah gua politik gelap atau mahu mencari cahaya di luar sana.
“Cuma kita harapkan biarlah hembusan yang kuat tersebut berterusan dan ia hanya berakhir pada jam enam petang 7 Mei ini.”
Ujar Zahid lagi, kebanyakan penduduk sudah serik dengan retorik dari ahli parlimen terdahulu (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang terpaksa mereka lalui selama 17 tahun.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: ALI, AHMAD & ABU
Kemenangan BN Di Permatang Pauh Ubah Landskap Politik – Zahid Hamidi