Akibat muatan treler tercicir ke atas jalan raya, seorang anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera maut di tempat kejadian setelah kenderaan yang dipandunya melanggar objek tersebut.
Kejadian yang berlaku pada jam 6 pagi tadi telah meragut nyawa Allahyarham Sarjan Che Omor Ab Ghani dan mengakibatkan Ketua Cawangan Khas IPD Bera, Asisten Superitendan Zulkifli Nasir cedera teruk.
Insiden malang itu telah berlaku di Kilometer 153.8, Lebuh Raya Pantai Timur berhampiran Maran.
Menurut jurucakap polis, kecelakaan tersebut dipercayai berlaku setelah kenderaan jenis Proton Preve yang dipandu Che Omar tidak dapat mengelak gelung beli yang terjatuh di lorong paling kanan.
Jenazah anggota yang terkorban kemudiannya dibawa ke Hospital Jengka, Pahang untuk bedah siasat manakala Zulkifli dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk rawatan lanjut.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: ALI, AHMAD & ABU
Pemandu Singapura Langsi Dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
https://www.youtube.com/watch?v=dO7kqOIDl3k