Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Rafidah Aziz Dianugerah Ijazah...

CYBERJAYA - Fakulti Sains Perubatan Universiti Cyberjaya (CUCMS) hari ini menganugerah Ijazah kehormat...

Lady Gaga, Tunang Berbogel...

PENYANYI kontroversi, Lady Gaga dan tunangnya, Taylor Kinney mencetuskan kontroversi apabila berbogel untuk...

Gelombang 1 PPPM 2013-2025...

PUTRAJAYA - Tiga keberhasilan utama dalam Gelombang 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)...

Wanita Tiada Dokumen Pengenalan...

TAWAU – Seorang wanita yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri ditahan bersama-sama sembilan...

Annuar Perjelas Peluang Kedua Untuk Nur Fitri

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak akan memberi lagi tajaan kepada pelajar Malaysia Nur Fitri Azmeer Nordin, 23, yang ditangkap kerana memiliki lebih daripada 30,000 gambar serta lebih seribu video porno kanak-kanak untuk meneruskan pelajaran di London.

Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa berkata, MARA bagaimanapun boleh memberi tajaan untuk Nur Fitri menyambung pelajaran dalam negara dengan syarat pemuda itu menyelesaikan semua hutang dalam tajaan pertamanya di London terlebih dahulu.

“Peluang kedua jika bermaksud untuk beri sekali lagi tajaan keluar negara jawapannya tidak. Jika untuk maksud beliau perlu di beri peluang pemulihan dan kaunseling jawabnya ya.

“Jika maksudnya untuk taja pinjaman belajar dalam negara jawapannya ya kalau dia selesaikan hutang tajaan pertamanya dan tidak selagi masih berhutang dengan mara. Jika dimaksudkan untuk beliau sambung belajar,jawabnya ya kalau ada universiti yang boleh menerimanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian berikutan kecaman ramai pihak terhadap desas-desus MARA sedia memberi peluang kedua buat Nur Fitri termasuk menyambung semula tajaan pengajian kepada pelajar tersebut.

Media sebelum ini melaporkan Nur Fitri dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas kesalahan memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak oleh Mahkamah Southwark Crown, London pada Khamis.

Menurut laporan portal United Kingdom International Business Times, Nur Fitri telah disabit dengan 17 kesalahan memiliki, membuat dan menyebarkan gambar-gambar lucah kanak-kanak


Nur Fitri mengaku melakukan kesalahan tersebut sehingga tarikh November 2014 di mahkamah yang sama.

Nur Fitri yang ditahan di kediamannya di Queensborough Terrace, West London mula belajar di Imperial College sejak tahun lalu.

Pihak Polis Metropolitan berjaya mengesan Nur Fitri selepas menemui satu akaun internet miliknya yang telah memuat turun beribu-ribu video dan imej lucah kanak-kanak.

Polis telah bertindak menggeledah rumahnya pada November 2014 dan menemui komputer riba milik Nur Fitri yang masih terbuka bersebelahan sebuah patung kanak-kanak.

Turur dilaporkan portal tersebut, Nur Fitri akan dihantar pulang ke Malaysia sebaik sahaja dibebaskan dari hukuman penjara. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori