Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

PPBM Selangor Bertanding 3...

SHAH ALAM - PPBM akan meletakkan calon di tiga kerusi Parlimen dan sembilan...

Pengguna Unifi Di Selangor...

Jika anda dapati terdapat gangguan internet pada masa ini, jangan khuatir kerana anda...

Jentera BN Di Peringkat...

KUALA LUMPUR: Kesiapsiagaan Barisan Nasional (BN) untuk menempuh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU)...

2 Lelaki Ditahan Menyamun,...

PETALING JAYA - Dua lelaki ditahan selepas menyamun sepasang suami isteri warga Indonesia...

APMM Kota Kinabalu Tahan Kapal Tangki Tak Lapor Ketibaan

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu menahan sebuah kapal tangki, kira-kira lima batu nautika dari Pulau Manukan Jumaat, kerana gagal melaporkan ketibaan mereka di perairan Malaysia.

Ketua Penguatkuasa Maritim Kota Kinabalu Kapten Zin Azman Md Yunus berkata kapal tangki ‘MV BEST PESCADORES’ berdaftar di Panama itu ditahan kira-kira jam 2.40 petang hasil aduan orang awam.

“Hasil pemeriksaan awal, pihak APMM mendapati kapal terbabit telah bersauh di situ selama tiga hari dan gagal melaporkan ketibaan kepada ketua pengarah Jabatan Laut,” katanya dalam kenyataan di sini Sabtu.

Beliau berkata ketika ditahan, terdapat 18 anak kapal berumur antara 23 hingga 51 tahun berada di atas kapal berkenaan yang terdiri daripada 16 warganegara China dan dua warganegara Vietnam. Kesemua mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap.

Katanya kapal tangki berserta anak kapal berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori