Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

2 Kedai Cat Di...

JOHOR BAHRU - Dua kedai cat di Larkin Perdana, dekat sini, didapati menjual...

Keberanian Rakyat Turki Selamatkan...

ISTANBUL - Jutaan rakyat Turki membanjiri Jambatan Bosphorus malam tadi sempena ulang tahun...

Isu Kedah Mahu Beli...

ALOR SETAR - Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Seri Ahmad Bashah...

Minyak Percuma Motosikal Diteruskan...

LABUAN - Penunggang motosikal berkuasa 150cc dan ke bawah di pulau bebas cukai...

APMM Terima Sebuah Lagi Kapal Ronda Kelas Bay

PELABUHAN KLANG – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini menerima sebuah lagi kapal ronda Kelas Bay daripada kerajaan Australia selepas yang pertama diterima pada 27 Feb lepas.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Amdan Kurish berkata kapal yang dinamakan ‘Kapal Maritim (KM) Satria’ itu akan ditempatkan di Johor Baharu bagi menjalankan tugas-tugas menangani kegiatan penyeludupan manusia di wilayah maritim selatan.

“Wilayah selatan merupakan kawasan panas dalam kegiatan penyeludupan manusia ke negara ketiga dan saya lihat, kapal ronda itu lebih diperlukan untuk tugasan tersebut di sana.

Namun, tidak bermakna kapal itu digunakan semata-mata membanteras kegiatan penyeludupan tetapi kita akan mempelbagaikan tugasannya untuk menjaga keselamatan maritim negara,” katanya kepada pemberita selepas upacara penyerahan dan memberi nama kapal berkenaan di sini hari ini.

Turut hadir pada upacara tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia Dr Angella MacDonald.

Kapal ronda Kelas Bay yang pertama, ‘KM Perwira’ yang diterima APMM pada Februari lepas kini ditempatkan di Lumut, Perak bagi membasmi jenayah rentas sempadan.


Mohd Amdan berkata kedua-dua kapal itu mempunyai ciri-ciri yang sama dan merupakan hadiah daripada kerajaan Australia dalam memperkukuh hubungan bilateral kedua-dua negara selain saling berkongsi maklumat demi menjaga perairan Malaysia-Australia.

Tambah beliau, penerimaan dua kapal ronda itu menambahkan jumlah keseluruhan aset perkapalan APMM menjadi 250 unit merangkumi 88 kapal dan 162 bot.

‘KM Satria’ adalah kapal berukuran 34.95 meter panjang, dilengkapi antara lain dengan senjata dan peralatan keselamatan diri serta unit kamera litar tertutup termasuk kemudahan membawa tahanan disyaki pendatang tanpa izin.

Sementara itu, Dr MacDonald berkata pemberian kapal tersebut mencerminkan hubungan kedua-dua negara yang erat dan ia akan terus dipertingkatkan dari masa ke semasa. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • APMM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori