Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pembayaran BR1M Peringkat Kedua...

KEMENTERIAN kewangan memaklumkan pembayaran duit Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) peringkat kedua yang...

MASOC Jawab Isu Artis...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) Kuala Lumpur 2017 dukacita kerana beberapa...

Dua Ditahan Berkaitan Tembakan...

ALOR SETAR - Dua lelaki tempatan ditahan polis semalam selepas disyaki terbabit dalam...

FIC Disusun Semula, Lembaga...

KUALA LUMPUR - Semua ahli lembaga pengarah Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC)...

Apple Bakal Kemas Kini iPhone 5C dengan Sokongan Touch ID?

DESAS-DESUS dalam dunia teknologi merupakan salah satu perkara yang menarik untuk diketahui.

Terkini, satu gambar yang diterbitkan di laman rasmi Apple, memperlihatkan iPhone 5c yang dihubungkan ke lightning dock, tetapi menariknya, turut memperlihatkan kemungkinan sokongan Touch ID turut disertakan.

iPhone 5C yang diperkenalkan pada 2013, menggunakan kerangka berasaskan plastik polikarbonat dan hadir dalam beberapa variasi harga.

Ia dijual pada harga sedikit rendah berbanding dengan iPhone 5s ketika itu.


Melalui gambar yang tertiris ini, pelbagai spekulasi hadir, termasuk ada yang mengatakan ia berkemungkinan adalah versi baru yang mungkin hadir sebagai iPhone 6c.

Namun, pada masa sama, ia juga mungkin kesilapan perekabentuk Apple ketika menghasilkan gambar apabila terlupa menggantikan butang Home pada iPhone 5c kepada butang Home yang asal bila menggunakan versi Touch ID.

-MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • apple

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori