Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bayaran Balik Hasil Sabah:...

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berharap penangguhan...

Imran Khan Perdana Menteri...

ISLAMABAD - Ahli Parlimen Pakistan meluluskan perlantikan bekas pemain kriket terkemuka negara itu,...

Hilang Lebih 2 Bulan...

SELEPAS  66 hari laporan kehilangannya di laut dibuat oleh ahli keluarga, seorang lelaki akhirnya...

Bekas Inspektor Diarah Bayar...

KUALA LUMPUR: Seorang bekas Inspektor polis yang melakukan hubungan seks tanpa rela dengan...

Arul Kanda Nafi Dakwaan Kemuka Penyata Bank Palsu Kepada BNM

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy hari ini menafikan dakwaan beliau mengemukakan penyata bank palsu kepada Bank Negara Malaysia.

“Kami kesal atas Sarawak Report, blog dalam talian, yang terus melaporkan maklumat palsu dan dakwaan tidak benar ke atas 1MDB.

Dalam laporan terkini, blog berkenaan melaporkan bahawa Arul Kandasamy telah mengemukakan penyata bank palsu kepada Bank Negara bagi menunjukkan bahawa 1MDB mempunyai tunai dalam akaun BSI di Singapura.

“Ini suatu penipuan. Saya tidak pernah mengemukakan penyata seperti itu kepada BNM.

“Untuk berkata sebaliknya adalah sesuatu penipuan dan tidak betul, memandangkan ada dakwaan yang berasaskan ke atas perkara ini, katanya menerusi satu kenyataan di sini.


Beliau juga berkata IMDB memberikan kerjasama penuh ke atas siasatan pejabat Ketua Audit Negara dan akan memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

“Siasatan ini yang telus dan tidak berpihak sepatutnya menjawab pelbagai persoalan yang ditanya mengenai syarikat itu.

“Oleh itu kami meminta semua pihak menunggu hasil siasatan ini dan menghalang diri daripada membuat dakwaan tidak bertanggungjawab dan tidak berasas buat sementara ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori