Friday, November 15, 2024

Creating liberating content

200 Mayat Ditemui Di...

PARIS, Perancis – Sekumpulan pakar arkeologi di sini tidak menyangka akan menemui lebih...

Zahid Dan Ab Rauf...

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi...

Mampukah Anwar Atasi Pengaruh...

PEMILIHAN parti PKR yang akan berlangsung tidak lama lagi bakal menyaksikan pengaruh Datuk...

Anwar Nafi Miliki Syarikat...

SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak...

ASEAN Perlu Tangani Bersama Isu Pelarian Rohingya

JOHOR BAHRU – Penyelesaian peringkat ASEAN menerusi jaringan negara anggotanya perlu diambil dalam menangani masalah pelarian etnik Rohingya sebelum ia menjadi satu malapetaka kemanusiaan yang lebih dashyat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri, dalam menyatakan pendirian Malaysia selaku pengerusi ASEAN, berkata masalah itu bukan sahaja menjadi kebimbangan pemimpin-pemimpin ASEAN malah turut disuarakan pemimpin serantau dan antarabangsa termasuk Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki Moon dan Perdana Menteri Australia Tony Abbott.

“Kita menghormati prinsip-prinsip ASEAN iaitu kita tidak mencampuri urusan dalaman mana-mana negara ASEAN.

“Namun, apabila sesuatu masalah itu sudah merebak dan menjejaskan kepimpinan negara-negara ASEAN yang lain dan mungkin di luar daripada ASEAN, maka kita perlu mencari penyelesaian melalui forum ASEAN dan juga kerjasama pihak-pihak yang lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penyerahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah Fasa 1, di sini hari ini.

Najib berkata Setiausaha Agung PBB menerusi panggilan telefon kepada beliau pagi ini, telah menyatakan kebimbangan badan dunia itu mengenai isu tersebut.

“Saya beritahu pada beliau (Ban) ia merupakan satu malapetaka kemanusiaan yang mesti dipandang berat oleh semua negara.

“Ini bukan isu ASEAN sahaja tetapi ini isu kemanusiaan, isu sejagat yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak,” katanya.


Najib berkata Malaysia tidak seharusnya dibebankan dengan masalah pelarian etnik Rohingya terutamanya apabila punca masalah bukan datang dari dalam negara.

“Kita amat bersimpati dengan mereka (pelarian) yang terapung-apung di lautan terbuka. Ramai telah terkorban termasuk kanak-kanak dan sebagainya.

“Kita tidak rela, reda perkara ini. Sebab itulah kita terima sebahagian untuk mendarat dan memberi bantuan kemanusiaan kepada mereka tetapi Malaysia tidaklah seharusnya dibebankan dengan masalah ini kerana ribuan lagi menunggu untuk melarikan diri daripada kawasan wilayah mereka,” katanya.

Ahad lepas, 1,158 warga Bangladesh dan etnik Rohingya dari Myanmar tiba dengan bot di Langkawi. Dilaporkan antara 5,000 dan 6,000 lagi warga Bangladesh dan Rohingya sedang menunggu masa sesuai untuk belayar ke Malaysia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori