Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Elyas Bidas ‘Gentlemen’s Agreement’...

KUALA LUMPUR - Kewujudan 'Gentlemen's Agreement' untuk memilih presiden baharu Persatuan Badminton Malaysia...

Video: Pemandu Teksi Wanita...

BERGELAR pemandu teksi, bermakna anda perlu berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan daripada pelbagai...

Kehadiran MP Bukan Isu...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berkata...

Pengisytiharan Seremban Sebagai Bandaraya...

SEREMBAN - Pengisytiharan Seremban sebagai bandaraya yang dijadualkan pada Januari tahun depan akan...

Atlet Sendiri Perlu Tanggung Kos Vandalisme – Khairy

KUALA LUMPUR – Atlet negara yang didapati merosakkan harta benda atau vandalisme semasa menyertai Sukan SEA ke-28 di Singapura bulan depan perlu menanggung sendiri kerugian akibat perbuatan mereka, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin .

Di samping itu, katanya status atlet tersebut yang didapati mencemarkan nama negara pada temasya bermula 5 hingga 16 Jun ini akan dikaji semula dalam program latihan Majlis Sukan Negara (MSN).

Beliau mengeluarkan amaran keras tersebut susulan kontingen negara dikenakan denda berjumlah RM146,118 oleh pihak penganjur ketika temasya Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan dan Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland, tahun lepas.

Justeru, beliau mengingatkan semua 655 atlet dan 206 pegawai yang membawa cabaran negara di Singapura supaya berdisiplin dan menjaga nama baik negara.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan liputan Sukan SEA Astro Arena dan pembaharuan kerjasama Astro Arena dan Majlis Olimpik Malaysia di sini, hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, ketua kontinjen negara, Datuk Seri Norza Zakaria berkata beliau menitikberatkan soal disiplin atlet sepanjang Sukan SEA memandangkan tiada perkampungan atlet disediakan.


Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA (SINGSOC) tidak menyediakan Perkampungan Atlet tetapi sebaliknya penginapan atlet disediakan di hotel.

“Kita telah mempersetujui untuk tidak membenarkan mana-mana atlet membawa masuk tetamu ke bilik penginapan mereka. Ini bukanlah masa untuk bercuti dan membawa keluarga tinggal bersama,” katanya.

Tetamu yang ingin berjumpa dengan atlet perlu dimaklumkan kepada pengurus pasukan masing-masing dan hanya boleh dilakukan di lobi hotel penginapan masing-masing.

Menurutya, beliau tidak mahu masalah disiplin timbul di Singapura nanti. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori