MUNGKIN ini adalah pengalaman yang paling ‘ngeri’ sebagai anggota polis di Michigan, Amerika Syarikat.
Seorang penduduk di Shelby Township telah membuat laporan polis mengenai seekor babi yang dikatakan bertindak liar telah mengganggunya ketika sedang membuat aktiviti di laman rumahnya.
Laporan itu diterima oleh jabatan polis di Michigan dan babi berkenaan telah ditangkap serta diletakkan di belakang kenderaan polis.
Namun apa yang ‘mengerikan’ adalah, babi tersebut telah bertindak ‘tidak senonoh’ kerana telah membuang najisnya di dalam kereta polis itu.
Gambar babi ‘tersenyum’ yang dimuat naik di laman facebook milik jabatan polis itu telah menjadi viral dalam kalangan pengguna media sosial itu.
Dasar babi… patutlah kalau orang marah selalu sebut namanya.
– MYNEWSHUB.CC
Baca: Viral Babi Gemuk Sujud Depan Kuil Buddha
Juga: Acara Babi Lumba Renang Dikritik Penduduk
Oleh: Pitt