Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pelan Baharu Pembangunan Pendidikan...

BANGI - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025, dijangka diumumkan menjelang akhir...

Malaysia Tidak Biarkan Keganasan...

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak pernah bertolak ansur dengan keganasan dan tidak akan...

FELDA Yakin Dapat Kembali...

JOHOR BAHRU - FELDA berkeyakinan dapat memperoleh semula hak milik empat bidang tanahnya...

MPSJ Arah Tutup Tiga...

KUALA LUMPUR - Seramai 28 anggota pengkuatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyerbu...

Bangunan Tertinggi Hemisfera Barat Ganti WTC Dibuka

NEW YORK – Bangunan paling tinggi di bahagian Hemisfera Barat planet Bumi, One World Trade Center atau 1WTC akhirnya mula dibuka kepada kunjungan orang ramai pada Jumaat, lapor media tempatan.

Menara ikonik baharu bandar raya New York itu, terletak bersebelahan tapak Twin Towers atau menara berkembar World Trade Center yang musnah akibat serangan pengganas pada 11 September 2001 lalu.

Aras pencerapan yang baharu untuk pelawat, dilaporkan mengambil masa sekitar sedekad untuk disiapkan dan menurut pihak pemajunya, ia menggambarkan simbol kemampanan daya tahan bangunan tersebut.

Mulai 29 Mei, pelawat boleh menaiki ke aras paling atas di bangunan tersebut iaitu tingkat 104 untuk menikmati pemandangan indah 360 darjah selain melihat keseluruhan panorama kota kosmopolitan New York.

1WTC dibina dengan kos AS$3.9 bilion (RM14.3 bilion) berketinggian 541 meter dari paras tanah termasuk tiang antena pemancar telekomunikasi di atas bumbung dan ia beralamat rasmi di 285, Fulton Street, Manhattan.

Bangunan tersebut yang dibina sejak 2006, asalnya dikenali sebagai Freedom Tower sempena memperingati peristiwa tragik pada 2001 itu sebelum ditukar namanya kepada 1WTC dan ia siap dibina pada 3 November 2014.


Dibina di atas tanah seluas 6.5 hektar, 1WTC yang dimiliki serta dibangunkan oleh Lembaga Pelabuhan New York dan New Jersey merupakan bangunan tertinggi di Amerika Syarikat malah keempat paling tinggi di dunia.

Setakat ini hampir 400,000 tiket telah ditempah pelawat dari seluruh dunia untuk meninjau tingkat 104; jauh lebih kecil iaitu suku daripada jumlah keseluruhan tiket yang diharap dapat dijual dalam bulan-bulan akan datang.

Bagaimanapun pihak pengurusan 1WTC membuat unjuran sehingga empat juta pengunjung domestik dan antarabangsa dijangka datang melawat ke bahagian pencerapan tersebut setiap tahun.  – Agensi/H.A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori