Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Fasa Endemik: KKM Tumpu...

PUTRAJAYA : Peralihan fasa daripada pandemik Covid-19 ke endemik membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

Kerajaan Setuju Beri Elaun...

Kuala Lumpur : Kerajaan bersetuju pemberian elaun tambahan bertugas 'on-call' bagi kakitangan perubatan...

Kepentingan Negara Terpelihara Di...

KUALA LUMPUR - Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) tidak melibatkan sebarang pindaan ke atas...

Ayie Floor 88 Rebah...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Floor 88 menafikan insiden vokalisnya, Ayie, rebah ketika mengadakan...

Bapa, Dua Anak Lelaki Didenda Ceroboh Kawasan Rumah

KUALA LUMPUR – Akibat menceroboh kawasan perumahan, seorang bapa dan dua anak lelakinya masing-masing didenda RM1,900 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Saifulakmal Said menjatuhkan hukuman itu ke atas P. Aloysius, 32, yang bekerja sendiri, I. Puspu Nathan, 63, tidak bekerja dan P. Nelson, 39, seorang ahli perniagaan setelah ketiga-tiga tertuduh mengaku bersalah melakukan pencerobohan dengan memasuki kawasan rumah secara tidak sah kepunyaan B. Viknaswaran, 31.

Mahkamah juga memerintahkan kesemua tertuduh menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda. Ketiga-tiga tertuduh membayar denda itu.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di kampung setinggan Sri Pandan Jaya, di sini pada pukul 8.45 pagi, 19 April lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun, atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.

Ketika rayuan, ketiga-tiga tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman berbentuk denda dengan alasan ia merupakan kesalahan pertama dan menyesal serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak.

Sementara itu, seorang bekas buruh didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menipu seorang warga emas enam tahun lepas.


K. Vasanta Kumar, 34, mengaku tidak bersalah menipu suri rumah, Khatijah Zainal Abidin,77, di rumah mangsa di Bukit Bandaraya, Bangsar di sini pada 10.30 pagi, 27 Nov 2009.

Dia didakwa meminta mangsa menandatangani dua cek kosong Maybank dengan mengatakan bahawa tandatangannya tidak betul dan dikhuatiri tidak diterima pihak bank dan minta tandatangan cek kosong lain sehingga mangsa kerugian RM13,500.

Vasantha, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun serta dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda.

Majistret Mohammad Faizal Ismail tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 17 Jun untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori