Hanya kerana tidak reti menggunakan perisian yang perlu dalam pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), seorang peniaga Cina cuba membunuh diri.
Menurut laporan muka hadapan akhbar China Press hari ini, Tan Huo Ming, 65, dari Teluk Intan dikatakan sangat tertekan dengan pelaksanaan GST sehingga mengambil keputusan untuk menutup kedainya dan kemudian bertindak cuba membunuh diri.
Laporan akhbar itu berkata, Huo Ming telah beberapa kali mengadu kesukaran mengenai sistem itu dan tidak mampu untuk belajar menggunakan perisian yang disyorkan.
Huo Ming yang dalam dilema sama ada mahu meneruskan perniagaanya telah dinasihatkan oleh ahli keluarga agar menutup perniagaan hari ini.
Ketika keluarganya bergerak untuk pergi membuat sambutan Hari Ibu semalam, peniaga berkenaan secara tiba-tiba melompat pagar dan masuk ke rumah jirannya.
Dia kemudian bertindak menyerahkan sejumlah wang kepada jirannya dan meminum satu botol kecil (bukan besar) racun serangga di hadapan jiran yang terpegun melihat aksinya.
Jiranya cuba menghalangnya tetapi dikatakan tidak berjaya. Huo Ming kemudian menolak jirannya dan mengunci diri dalam sebuah bilik sebelum memecahkan sebuah cermin dan menghiris pergelangan tangan.
Pada ketika itu menurut laporan akhbar Cina berkenaan, jiran Huo Ming menjerit kepada Huo Ming yang menjawab ; “Jangan kisahkan saya, biar saya mati”.
Dengan bantuan beberapa jiran yang lain, pintu bilik di mana Huo Ming mengunci dirinnya dipecahkan dan dia dilihat terbaring dalam tompokan darah yang besar.
Huo Ming masih hidup ketika dibawa ke hospital.
Isterinya memberitahu suaminya itu mungkin cuba membunuh diri sebab tidak dapat menerima hakikat perniagaannya terpaksa ditutup.
(Inilah drama tak mahu bayar GST terhebat kita dengar setakat ini, mungkin ini kali pertama dalam hidup Hui Ming sudah tidak ada pilihan lain selain terpaksa membayar cukai… menyebabkan dia mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan meminum racun serangga dalam bekas kecil).
(Dalam hal ini juga, nak memetik kata-kata Yuktes Vijay…
Ada seorang peniaga yang cuba bunuh diri kerana GST…
Nyata GST telah berjaya…Bukan pengguna yang bunuh diri tapi peniaga….
Geng sama ni kan dulu naik harga bila harga minyak naik tapi bila turun pula, harga barang tetap kekal saja..
Malangnya, peniaga tersebut berjaya diselamatkan…
Maka, statistik orang bodoh di Malaysia kekal status quo...)