WAH tak sangka dengan hanya menjual biskut, seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun kini sudah bergelar CEO syarikat miliknya sendiri, Mr. Cory’s Cookies.
Cory Nieves bergelar CEO selepas perniagaan makanan yang diusahakan bersama ibunya mula mendapat perhatian penduduk setempat di New Jersey.
Dia mencadangkan kepada ibunya untuk menjual koko panas, sebelum menambah makanan sampingan lain seperti pencucui mulut dan biskut selepas mereka berpindah dari Bronx, New York.
“Pada awalnya saya memang tidak tahu apa-apa. Saya mula cari resipi di majalah dan mula reka resipi sendiri.
“Ia juga bebas bahan pengawet atau perisa tiruan. Saya tidak mahu beri orang makan sesuatu yang saya tidak makan,” katanya.
Hasil usaha sama dua beranak itu akhirnya perniagaan mereka disenaraikan menjadi sebuah syarikat liabiliti terhad (LLC) sekaligus Cory menjadi CEO paling muda di Amerika.
Undang-undang buruh melarang kanak-kanak bekerja di dapur sekali gus ibu Cory, Lisa Howard mengambil alih tugas-tugas membakar biskut yang terjual sehingga 1,000 keping pada setiap minggu. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: JASMIN